Monday, July 11, 2016

Kor Ming Sengaja Cari Publisiti Murahan

Johari Seman     11:31:00 AM    

SEREMBAN - Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan menganggap tindakan memasukkan karikatur yang menghina sambutan Aidilfitri dalam Facebook Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming pada 5 Julai lalu, sebagai cubaan untuk meraih publisiti murahan.

Beliau turut meminta masyarakat tidak melayan orang yang berbuat demikian kerana orang seperti itu mempunyai masalah.

“Kita (tinggal) dalam negara berbilang kaum. Sepatutnya mesti menghormati bila (melibatkan) tentang soal perayaan agama. Tidak perlulah menyentuhnya kerana ia satu perkara sensitif,” katanya.

Menurutnya, walaupun yang memasukkan karikatur itu daripada pembangkang dan tidak suka dengan Umno dan BN, tidak perlulah sampai ke tahap menghina agama orang lain.

“Ini satu perkara amat serius. Bila agama orang dihina, kadang-kadang ada (individu) yang ‘skru’ dia longgar. Saya tidak dapat cegah kalau ada orang yang ‘skru’ longgar dari Negeri Sembilan bawa parang ke Perak.

“Bukan saya katakan akan ada orang Negeri Sembilan pergi bawa parang. Tapi saya takut. Jadi saya nasihatkan baik pada kerajaan, pembangkang dan sesiapa saja agar hormati agama, budaya dan bahasa. Kita akan hidup dalam negara yang aman damai,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka sempena sambutan Aidilfitri di kediamannya di Kampung Tanjung, Rantau, di sini, semalam.

Kata beliau, negara tidak akan ke mana jika rakyatnya asyik menghina agama, bahasa, budaya dan kaum lain.

“Apa yang pasti, kita akan menuju ke jalan kehancuran dan kebinasaan. Kalau itu yang hendak dicapai, saya tidak tahulah. Selagi saya ada di Negeri Sembilan, saya nasihatkan rakyat.

“Tapi alhamdulillah, selama ini (rakyat Negeri Sembilan) hormati orang. (Bila) hormati orang, orang akan hormati (kita) balik,” katanya.

-Sinar Harian

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .