Thursday, July 14, 2016

Man City Semakin Hampir Dapatkan Penyerang Jerman

Johari Seman     5:13:00 PM    

PENYERANG Schalke berusia 20 tahun dan Manchester City mencapai persetujuan mengenai terma kontrak yang akan membawa pemain tersebut ke Liga Perdana Inggeris.

Akhbar Jerman, Bild melaporkan, City setakat ini belum melakukan bidaan untuk mendapatkan Leroy Sane namun sedia menawarkan sebanyak £46 juta.

Harga tersebut dikatakan mampu memenuhi hasrat Pengarah Schalke, Heidel yang mahukan sekurang-kurangnya £40 juta untuk pemain Jerman berusia 20 tahun itu.

Bagaimanapun jika Schalke mengekalkan pemain berkenaan sehingga musim depan, Sane dapat menebus kontraknya pada nilai £31.3 juta sahaja.

Sane yang sedang bercuti di Los Angeles selepas Euro didakwa memberitahu rakannya bahawa wakil City telah memuat perbincangan mengenai perpindahan berkenaan.

Berikutan itu, Sane turut mendakwa telah bersedia untuk meninggalkan Schalke bagi berada di bawah kendalian Pep Guardiola di City.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .