Mario Gomez Terlepas Aksi Separuh Akhir - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, July 7, 2016

Mario Gomez Terlepas Aksi Separuh Akhir


JERMAN mendapat tamparan hebat selepas penyerang utama mereka, Mario Gomez bakal terlepas aksi separuh akhir Euro 2016 menentang Perancis ekoran masalah kecederaan hamstring.

Ujian imbasan yang dilakukan selepas perlawanan tersebut mendapati kecederaan Gomez tidak memungkinkan dia beraksi pada awal pagi Jumaat ini.

Situasi tersebut ternyata meresahkan jurulatih Jerman, Joachim Loew yang hanya menyenaraikan Gomez sahaja sebagai penyerang tulen yang dibawa ke Perancis.

“Saya sangat kecewa kerana ini adalah detik penting dalam kejohanan ini dan pemain utama kami khususnya (Mario) Gomez tidak dapat beraksi. Dia telah memberi dimensi baharu buat pasukan dan memberi kekuatan tambahan buat kami tetapi terpaksa dipinggirkan kerana kecederaan hamstring,” jelas Loew.

Selain Gomez, Loew juga kehilangan pemain pertahanan, Mats Hummels yang digantung kerana mengutip dua kad kuning, manakala Sami Khedira juga masih belum cergas sepenuhnya daripada masalah kecederaan.

Perkara sama turut disampaikan Persatuan Bola Sepak Jerman (DFB) menerusi kenyataan yang dikeluarkan.

DFB juga memberitahu, penyerang yang telah menjaringkan dua gol dalam empat perlawanan sepanjang Euro kali ini hampir pasti terlepas aksi tersebut dan juga aksi final sekiranya Jerman mara.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Mario Gomez Terlepas Aksi Separuh Akhir Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman