MENJELANG PRU 14 SERAMAI 1.2 JUTA PENGUNDI DIPENDAHKAN - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » MENJELANG PRU 14 SERAMAI 1.2 JUTA PENGUNDI DIPENDAHKAN

PEMINDAHAN membabitkan 1.2 juta pengundi menjelang Pilihan Raya Umum 14 bertentangan dengan undang-undang persempadanan semula.

Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sewajarnya memastikan pengundi mengambil maklum perubahan saluran pengundian lebih awal.

Nurul-IzzahBeliau berkata, ketetapan itu perlu supaya tidak wujud kekeliruan kepada pengundi sewaktu hari pembuangan undi.
“Menjelang pilihan raya akan datang, SPR mengubah 1.2 juta pengundi yang dipindahkan saluran pengundian mereka.

“Isu teknikal dibangkitkan KEADILAN kerana pengundi tidak dimaklumkan dan pada masa sama, SPR sewajarnya tidak melakukan perubahan di luar sempadan.

“Malangnya SPR membuat perubahan pengundi ke Parlimen lain melibatkan lebih 41,000 nama yang belum dikenalpasti,” kata Nurul Izzah.


Pengarah Pilihan Raya KEADILAN itu merujuk kes pada Pilihan Raya Kecil Sungai Besar lalu membabitkan 2,000 pengundi dinafikan untuk mengundi apabila nama masing-masing didakwa hilang daripada daftar pengundi.

Majoriti pengundi berkenaan dipindahkan ke Parlimen Sabak Bernam walaupun ada dalam kalangan mereka merupakan penduduk dan pengundi Parlimen Sungai Besar sejak dulu lagi.

Kata Nurul Izzah, lebih membimbangkan, ada juga kes pengundi turut berubah saluran ke negeri lain, melangkau kawasan pengundian asal.

“Ada kawasan di Pahang, sekarang terpaksa mengundi di Kemaman dan dipindahkan yang mana keadaan ini adalah sesuatu yang tidak boleh diterima dan melanggari undang-undang,” katanya, lapor SelangorKini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, lebih 118,000 pengundi pula ditukarkan ke kawasan DUN tanpa dimaklumkan perpindahan tersebut.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,