Mohon Kerajaan Adakan Sesi Penerangan Berkaitan Pengganas - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, July 6, 2016

Mohon Kerajaan Adakan Sesi Penerangan Berkaitan Pengganas

Bahaya pengganas mereka boleh ancam nyawa kita  bila-bila masa
KERAJAAN wajib pantau pusat pengajian tinggi negara ini bagi memastikan pusat pengajian tinggi negara bukan tempat memasarkan fahaman itu memandangkan pelajar warga negara lain juga turut menimba ilmu dinegara ini.

Rakyat negara ini semakin bimbang dengan ancaman pengganas yang semakin hari semakin berkembang pengaruhnya sekali gus menjadikan rakyat bertambah bimbang dengan tahap keselamatan negara.

Sempadan negara juga wajib diperketatkan kawalan bagi mencengkam kemasukan warga negara lain.

Manakala media sosial yang disyaki menyebar fahaman pengganas juga wajib dipantau setiap saat bagi mengelakan rakyat turut terpengaruh dengan fahaman sesat mereka.

Kerajaan juga patut menggunakan bekas pengganas yang telah berjaya dideradikalisasi bagi membantu rakyat meningkatkan kesedaran betapa bahayanya fahaman pengganas kepada awam sekaligus kepada keselamatan negara.

Rakyat juga patut melihat sentimen IS sebagai satu ancaman berbahaya bukan memandang sebagai pekara main-main seperti berita olok-olok.

Walaupun pihak polis sentiasa berjaga-jaga rakyat juga perlu bekerjasama dengan polis bagi mengatasi permasalahan besar yang mungkin berlaku kepada negara jika tahap kesedaran rendah kita berkaitan pengganas masih lagi sambil lewa.

Diharap pihak kerajaan dapat mengadakan sesi penerangan berkaitan pengganas kepada rakyat disetiap daerah bagi memberi kefahaman kepada rakyat betapa bahayanya pengganas kepada manusia abad ini.

EZY ASMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Mohon Kerajaan Adakan Sesi Penerangan Berkaitan Pengganas Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman