Parti Mahathir Dijangka Cepat Terkubur - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, July 14, 2016

Parti Mahathir Dijangka Cepat Terkubur

Hiasan
Parti politik baharu yang dikatakan akan diterajui bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menerima nasib sama seperti Parti Melayu Semangat 46 dan PKR.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata sebarang parti baharu tidak mungkin menggugat kedudukan UMNO dan Ba- risan Nasional (BN).

“Sudah ada banyak parti ditubuhkan sebelum ini, namun semua gagal.

“Parti serpihan UMNO, Parti Melayu Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah dan PKR diasaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Parti Amanah Negara pimpinan Mohamad Sabu atau Mat Sabu, juga tak mampu kalahkan UMNO,” katanya pada sidang media di Putrajaya, semalam.

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengalu-alukan keputusan Dr Mahathir untuk membangkang kerajaan secara sah.

“Rakan-rakan yang tidak sehaluan dengan UMNO seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin boleh dilantik menjadi Naib Presiden, Datuk Seri Mukhriz Mahathir boleh jadi Ketua Pemuda, manakala Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Ketua Wanita,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Suhaimi Shahadan, berkata penubuhan parti yang dikatakan bakal diterajui Dr Mahathir itu tidak kena dengan masanya ke- rana suasananya tidak sama ketika bekas Perdana Menteri itu berada dalam kerajaan.

Jangan mudah terpengaruh
Beliau menasihatkan ahli UMNO tidak terpengaruh dengan ‘permainan’ terbaru Dr Mahathir.

Seorang lagi ahli MT UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata kalau benar parti itu mahu ditubuhkan, ia tidak akan berjaya kerana agendanya bersifat peribadi mahu menjatuhkan Najib.

“Bukan sahaja tidak akan dapat sokongan ahli UMNO, parti itu juga tidak akan dapat sambutan parti pembangkang kerana agenda mereka berbeza,” katanya.

Sementara itu, Penganalisis Politik, Prof Dr Sivamurugan Pandian, berkata parti baharu sukar untuk menandingi parti lama yang sudah lama bertapak dalam arena
politik tanah air.

Katanya, parti seperti BN, PAS dan DAP adalah parti yang kuat, dipercayai ramai dan mempunyai jentera yang kukuh.
“Agenda parti baharu juga perlu jelas dan tidak hanya ditubuhkan sekadar untuk mengumpul soko-ngan untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semata-mata.

“Pada masa ini, ramai yang melihat agenda parti baharu itu ha-nya berkisar kepada usaha me- nyingkirkan Najib,” katanya.

Kelmarin, bekas ahli UMNO, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, antara individu yang mengasaskan deklarasi Dr Mahathir dan Lim Kit Siang, dilaporkan berkata bekas perdana menteri itu akan mengetuai satu parti baharu dan bekeijasama dengan pembangkang untuk
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Parti Mahathir Dijangka Cepat Terkubur Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman