PEMUDA PAS DESAK KOR MING MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Sunday, July 10, 2016

PEMUDA PAS DESAK KOR MING MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM

ANGGOTA Parlimen Taiping Nga Kor Ming dituntut memohon maaf kepada umat Islam berhubung enteri yang dimuat naik di lamam sosoal Fecebooknya yang didakwa telah menghina hari lebaran umat Islam.

Laporan polis juga telah dibuat oleh Kelab Warisan Malaysia (KERIS) dan Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) di Ibu Pejabat Daerah Seberang Perai Utara.

Sementara itu,Dewan Pemuda PAS Kelantan(DPPK) juga menuntut Nga Kor Ming agar memohon mahaf terhadap umat Islam berikutan tindakannya tidak mengormati adat serta budaya yang diamalkan kaum lain.

Ketua Dewan Pemuda PAS,Ahmad Fadhli Shaari berkata Nga sepatutnya tidak cuba 'bergurau' dalam isu-isu sensitif terutama membabitkan soal agama dan perlu menghormati adat serta budaya kaum lain.

Tambahnya lagi,Saya nak nasihatkan Nga jangan cuba untuk bergurau dalam isu-isu sensitif dan soal keagamaan seperti ini. Walaupun pemberian duit raya ini bukanlah satu amalan agama (dalam Islam), tapi paling tidak hormatilah adat dan budaya yang diamalkan dalam negara ini.

Selepas laporan Polis di buat terhadap Nga Kor Ming ,Setiausaha Agung KERIS, Azman Hassan, berkata tindakan Kor Ming itu jelas mempersendakan Aidilfitri berikutan karikatur itu menyamakan pemberian duit raya sebagai dedak.

Mengikut akaun Facebook yang bernama Nga Kor Ming, satu status yang dimuat naik pada 5.15 petang 6 Julai, bertajuk "Hanya di Malaysia di bawah UMNO, Selamat Hari Raya", satu karikatur menunjukkan dua budak sedang meminta derma daripada seorang individu.

Dalam perbualan dialog yang ditulis dalam karikatur itu, seorang budak bercakap "Tahun ni kami tak mintak duit raya.. kami mintak derma.." manakala seorang lagi menjawab "Tak dapat derma, dedak pun ok..." dan karikatur itu diakhiri dengan ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin".

Dialog melampau itu menimbukan rasa marah pengguna laman sosial Facebook beragama Islam.

Penghinaan Nga Kor Ming terhadap perayaan orang Islam sekali gus penganutnya boleh mencetus keadaan tidak harmoni dikalangan kaum.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: PEMUDA PAS DESAK KOR MING MOHON MAAF KEPADA UMAT ISLAM Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman