Friday, July 8, 2016

Penjara 20 Tahun Jika Kahwini Gadis Bawah Umur

Johari Seman     12:54:00 PM    

BANJUL, Gambia: Presiden Gambia, Yahya Jammeh mengumumkan larangan perkahwinan kanak-kanak di negara Afrika Barat yang majoriti penduduknya beragama Islam dengan mengancam hukuman penjara akan dikenakan terhadap mereka yang melanggar peraturan baharu itu.

"Bermula hari ini, perkahwinan kanak-kanak tidak sah dan diharamkan di Gambia.

"Sesiapa sahaja yang berkahwin dengan gadis berumur bawah 18 tahun akan dipenjara selama 20 tahun.

Yahya Jammeh 
"Malah ibu bapa gadis tersebut juga akan dikenakan hukuman penjara 21 tahun," katanya.

Jammeh menegaskan mereka yang mengetahui mengenai perkara itu turut akan dikenakan hukuman penjara 10 tahun kerana gagal memaklumkan kepada pihak berkuasa.

"Imam dan individu tertentu yang mengetuai majlis perkahwinan itu juga akan dipenjara. Jika anda mahu tahu sama ada saya bercakap benar mengenai perkara ini, anda boleh cuba esok dan lihat," katanya.

Jammeh mengarahkan Ahli Parlimen untuk meluluskan undang-undang baharu itu sebelum 21 Julai ini.

Pada Disember tahun lalu, pengubal undang-undang meluluskan rang undang-undang jenayah berkaitan penyunatan perempuan dan memperkenalkan hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi sesiapa yang melanggar larangan itu.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .