Tuesday, July 12, 2016

Pilihara Raya Mengejut Drama Baru DAP

Johari Seman     2:21:00 AM    

CADANGAN untuk mengadakan pilihan raya mengejut bagi mengukur tahap sokongan rakyat Pulau Pinang kepada Ketua Menteri,Lim Guan Eng tidak mengubah keputusan mahkamah.

Jika Lim Guan Eng didapati bersalah mahkamah tidak akan ubah keputusan walaupun pilhan raya mengejut dimenangi DAP dan begitu juga sebaliknya.

Apakah pemimpin DAP ingat jika Lim Guan Eng didapati bersalah melakukan rasuah hukuman terhadap beliau boleh batalkan kerana DAP berjaya memenangi pilahan raya mengejut?.

Kenapa DAP Pulau Pinang tidak bercadang untuk mengkaji agar Lim Guan Eng letak jawatan sementara selagi kes rasuahnya tidak selesai di mahkamah?.

Tidak ada dalam sejarah Malaysia orang yang didapati bersalah dibebaskan hanya kerana orang yang bersalah memenangi pilihan raya atau mendapat sokongan tinggi rakyat.

Tidak hairanlah Datuk Abdul Rahman Dahlan melahirkan rasa terkejut mengenai cadangan pemimpin DAP Pulau Pinang untuk mengkaji kemungkinan mengadakan pilihan raya mengejut bagi bagi mengukur tahap sokongan rakyat terhadap Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Jika orang pekak dengar berita ini tidak mustahil turut ketawa dan geleng kepala sebagai tanda hairan dan setuju dengan pendapat cadangan itu lahir dari idea orang bangang.

Sepatutnya DAP harus mencari siapa bakal pengganti Ketua Menteri,Lim Guan Eng jika beliau didapati bersalah oleh mahkamah,bukanya terus menerus skru kepala rakyat dengan rancangan tidak masuk akal.

Sedangkan episod kempen derma dan kononya apa yang berlaku ketas Lim Guan Eng adalah penganiayaan politik adalah jelas sebahagian mainan DAP bagi mengaburi mata rakyat.

Cadangan untuk mengkaji pilihan raya mengejut juga satu drama dari pandir DAP untuk menunjukkan kepada pentaksub bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang patut di adili rakyat,wal hal DAP sendiri tahu jika pilihan raya mengejut dilakukan ia tidak dapat merubah keputusan mahkamah untuk meneruskan pembicaraan kes rasuah Lim Guan Eng yang masih Ketua Menteri.

Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, P Ramasamy berkata, salah satu daripadanya ialah mengadakan pilihan raya mengejut bagi menilai maklum balas rakyat terhadap pertuduhan ke atas Guan Eng.

Pilihan satu lagi pula ialah menunggu sehingga pilihan raya umum akan datang yang dijangka diadakan selewat-lewatnya bulan Ogos 2018.

Kta Datuk Abdul Rahman Dahlan:Jika pilihan raya mengejut adalah referendum sokongan kepada kepimpinan Lim Guan Eng , tidakkah anda berfikir bahawa ia perlu dilakukan selepas keputusan mahkamah?.

Pemimpin-pemimpin DAP dilihat semakin masuk air setelah Lim Guan Eng dituduh menggunakan kedudukannya sebagai ketua menteri untuk kepentingan peribadi dan isterinya, Betty Chew Gek Cheng, dengan meluluskan urusan menukar status sebidang tanah daripada tanah pertanian kepada tanah kediaman dan memindah miliknya kepada sebuah syarikat, Magnificient Emblem Sdn Bhd.

Bagi pertuduhan kedua, setiausaha agung DAP itu dituduh mendapatkan untuk dirinya dan isteri secara rasuah sebidang tanah serta banglo di 25, Jalan Pinhorn, George Town, Pulau Pinang daripada seorang ahli perniagaan wanita, Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta.

Beliau mengaku tidak bersalah dan dibenarkan ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Megaku tidak bersalah,gelabahnya macam diserang tebuan tanah.

-Copy Paste dari porta Hot Kelate Tv

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .