PKR Tak Berani Sertai Parti Bharu Mahathir ? - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, July 16, 2016

PKR Tak Berani Sertai Parti Bharu Mahathir ?

PKR akan mempertimbangkan sama ada untuk turut serta bekerjasama dengan parti baharu yang bakal ditubuhkan oleh bekas perdana, menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, kata Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Beliau berkata, pada masa ini PKR belum menyatakan pendiriannya untuk bekerjasama dengan parti baharu yang bakal diasaskan oleh Dr Mahathir itu.-Sumber laporan mStar bertajuk PKR Pertimbang Sama Ada Sertai Parti Baharu Tun M

Ulasan
PKR sebenarnya sedang memperinci kerjasamanya dengan PAS bagi menentu hala tuju hubungan baik yang dijalin selama ini.

Jika PAS tidak bertanding dikerusi yang ditandingi PKR pada PRU ke 14 nanti ada kemungkinan besar PKR tidak akan bekerjasama dengan parti yang akan ditubuhkan Dr Mahathir.

Pendapat ramai menyatakan tidak mungkin PAS tidak akan meletakkan calonya dikawasan yang ditandingi PKR sama ada kerusi parlimen mahupun DUN berikutan PAS bukan dalam barisan Pakatan Harapan.

Sesebuah parti politik yang ditubuhkan dan bertanding pastinya mahu mengembangkan kuasanya.Kuasa sesebuah parti politik bergantung kepada jumlah kerusi yang dimenangi sama ada parlimen mahupun DUN,kerana ahli yang ramai tidak menggambarkan seratus peratus kekuatan parti.

Dengan kerana itu PAS dijangka meletakkan calonya walaupun berdepan dengan PKR pada pilihan raya akan datang.
Melurus situasi semasa diantara PAS dan PKR boleh dicontohi semasa berlakunya PRK Sungai Besar.

Walaupun begitu PKR sebuah parti yang ada dasarnya sendiri boleh menyertai gabungan mana-mana parti yang menjurus kepada satu tujuan iaitu menumbangkan Barisan Nasional(BN)

Tidak hairanlah dalam kenyataan terkini Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau mengalu-alukan sesiapa sahaja yang ingin bersatu dalam prinsip persamaan.

Jika PKR menerima parti baru yang akan ditubuhkan oleh kumpulan sampah sarap yang dibuang UMNO,pasti berlaku keretakan lebh besar berikutan PAS tidak sesekali mencium buntut sampah sarap dibuang UMNO.

Barisan Nasional tidak tergugat sehingga tumbang walaupun terkesan dengan pelbagai parti yang ditubuhkan,buktinya usaha menumbangkan BN bermula sejak awal pilihan raya diadakan.

-Hot Kelate
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: PKR Tak Berani Sertai Parti Bharu Mahathir ? Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman