Rompak dan Curi Van Anak Yatim - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, July 14, 2016

Rompak dan Curi Van Anak Yatim

Selama iini van itu menjadi nadi ngangkutan kami di sini terutama menghantar anak yatim ini ke sekolah, klinik, hospital serta mem beli barang.
"Bagaimanapun, selepas ia dicuri kami menghadapi kesukaran malah ka nak kanak ini berjalan kaki lebih dua kilometer untuk pergi dan pulang dari se-kolah," kata Pengetua Asrama Kasih, Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Halima ton Saadiah Mohd Nawawi.
Dalam kejadian malam Sabtu lalu, wang tunai lebih RM6,000 serta van yang menjadi pengangkutan utama anak yatim itu dilarikan penjenayah.
Kejadian disedari jam 11 malam ketika warden asrama itu pulang dari satu program luar sebelum men dapati pintu bangunan pen tadbiran terbuka dan barangan di bilik pegawai kewangan berselerak.
HalimatonSaadiah berkata, selepas mengambil wang tunai, pen curi yang menemui peti simpanan kunci turut mela rikan van asrama itu.
"Wang tunai un tuk anak yatim be jumlah RM5.800 serta wang milik warden wanita RM300 dikebas.
Kami bernasik baik kerana kunci kenderaan pikap ada pada saya, jika tidak sudah pasti ia turut dilarikan," katanya, di sini, semalam.
Menurutnya,anak anak itu berjalan kaki 1.2 kilometer sehala untuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Serendah dan dalam keadaan cuaca tidak menentu ketika ini mereka perlu mencari alternatif seperti menyediakan baju hujan atau payung.
"Hari ini (semalam) cuaca hujan dan baju hujan serta payung perlu disediakanalah pengangkutan ini dapat diatasi, apatah lagi waktu persekolahan ada dua sesi iaitu pagi dan petang," katanya.
Menurut Halimaton Saadiah, pihaknya membuat laporan polis dan usaha menjejaki semula van itu giat dilakukan termasuk melalui penyebaran maklumat di laman sosial.
"Kami berharap van ini dapat ditemui semula untuk kemudahan pelajar ini kerana selama ini hanya van inilah yang digunakan berulang kali untuk menghantar dan mengambil mereka dari sekolah.
"Ketiadaan pengangkutan ini menyukarkan mereka terutama ke sekolah, selain ke klinik atau hospital dan membeli barangan," katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan R Supramaniam ketika dihubungi mengesahkan merierima laporan berkenaan dan berkata siasatan lanjut masih dijalankan.
-Harian Metro
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Rompak dan Curi Van Anak Yatim Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman