Strategi Retorik UMNO Nak Tawan Selangor - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » » » Strategi Retorik UMNO Nak Tawan Selangor

MENGGUNA strategi yang diguna pakai untuk memenangi PRK Sungai Besar bagi menawan balik Selangor pada PRU 14 oleh Barisan Nasional tidak begitu relevan.

1-Kemenangan PRK Sungai Besar bukanlah diatas jasa jentera UMNO-BN negeri sepenuhnya,sebaliknya besar bergantung kepada jentera BN seluruh negara yang turun membantu.

2-Pembangkang menghadapi krisis dalaman antara PAS dan PKR,PAS juga bermusuhan dengan DAP dan PAN,yang mana ketika PRK Sungai Besar PAS tidak langsung bertolak ansur dengan PKR walaupun rundingan dibuat bagi membolehkan pertandingan satu lawan satu.

3-PAS tidak melihat DAP dan PAN sebagai rakan politik mereka walaupun hasrat dan tujuan sama iaitu untuk menumbangkan kerajaan BN sekali gus menduduki pusat pentadbiran negara di Puterajaya.

4-Tujuan pembangkang adalah satu,iaitu menumbangkan Barisan Nasional dari terus menjadi parti pemerintah dan tidak mustahil jika PAS,DAP,PKR,PAN akan duduk semeja sebelum PRU 14 nanti,memandangkan PAS sendiri sering uturn dalam banyak isu sebelum ini.

5-Sejak beberapa UMNO Bahagian negeri bertukar ketua bahagian dalam pemilihan selepas PRU 13,jentera parti yang bertungkus lumus bagi memastikan kemenangan Barisan Nasional di Selangor pada PRU 13 tidak dipedulikan oleh Ketua Bahagian Baru.

6-Sikap pemimpin dalam bahagian yang suka berada dalam kumpulan tertentu dan tidak pedulikan pejuang-pejuang UMNO-BN yang bertungkus lumus pada PRU 13 juga boleh mengundang sabotaj undi pada Barisan Nasional pada PRU 14 nanti.

7-Amalan mencalonkan orang luar di kerusi Parlimen atau DUN juga penyebab kepada kekalahan.

8-Penerangan yang tidak berfungsi dengan baik juga tidak mendatangkan sebarang kesan keatas sebarang strategi yang dirangcang bagi menawan kembali Selangor daripada DAP,PAS,PAN.

9-Mengharap PAS berpecah dengan PKR sebelum PRU 14 adalah angan-angan Mat Jenin selagi pekara yang diharap tidak berlaku.

10-Program yang diadakan oleh DAP,PAN,PKR lebih mendapat sambutan daripada program yang diadakan oleh UMNO-BN.

11-Penyebaran maklumat yang dilakukan pemerintah Selangor sekarang lebih berkesan daripada usaha penyebaran maklumat yang dilakukan UMNO-BN Selangor.

12-Pemimpin dalam kawasan dari DAP,PAS,PAN,PKR lebih rajin berada dikawasan tumpuan anak-anak muda berbanding dengan pemimpin UMNO-BN negeri yang suka berkumpul dikalangan pengikut sendiri.

Baca juga -UMNO SHAH ALAM SEDANG NAZAK

Jika momentum PRK Sungai Besar diambil sebagai pengukur untuk menawan Selangor pada PRU 14 seperti yang dinyatakan oleh Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar ,eloklah kaji semula strategi itu.

Beliau berkata: strategi yang berasaskan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) merupakan sebahagian daripada pelan tindakan khas pada retreat Barisan Nasional (BN) yang telah digunakan sebagai eksperimen pada PRK Sungai Besar.

Walaupun tindakan yang diambil untuk menawan Selangor dengan strategi baru ,namun pendekatan yang diambil bagi menawan anak muda yang jelas menolak UMNO-BN tidak mampu dilakukan sebaik mungkin,makanya Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang diperolehi Umno Bahagian dalam Negeri hanyalah retorik semata-mata dan ibarat bina rumah yang senget dihebahkan kepada orang lain rumah akulah terbagus dan cantik dinegeri ini.

Dengan KPI yang ada diharap UMNO Selangor di bawah Tan Sri Noh Omar dapat mengembalikan Selangor kepada Selangor.

Bagi pandangan Penulis,jika berak busuk tak usah dikatak wangi kerana sifat tahi adalah busuk secara faktanya.

Edaran bahan maklumat oleh kerajaan Selangor
satu hari sebelum raya aidilfitri di masjid Al-Azhariah
Seksyen 18 Shah Alam

Masjid tempat edaran maklumat bercetak oleh kerajaan Selangor
Bahan cetak yang di edarkan di Masjid Al-Azhariah
Dari segi moral dalam bab maklumat kepada rakyat kerajaan negeri Selangor sudah kedepan.Apakah Strategi Noh Omar yang dikatakan ampuh itu berkesan.sedangkan kerajaan Selangor strateginya lagi kehadapan berbanding dengan strategi UMNO negeri yang asyik syok dengan strategi.namun buatnya pula macam haramjadah.

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,