Saturday, July 9, 2016

Tangkap Penyebar Ancaman BOM Palsu Dengan Segera

Johari Seman     1:56:00 PM    

SIASAT dan tangkap penyebaran maklumat palsu ancaman bom bertujuan menakutkan khalayak seperti yang dinafikan Ketua Polis Negara,Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Maklumat ancaman bom diibeberapa tempat tumpuan awam disebarkan oleh individu yang tidak bertanggungjawab boleh mencetus ketakutan kepada awam.

Antara lokasi yang disenarai mempunyai ancaman bom termasuk pusat beli-belah The Curve dan Publika, Bangsar, Bukit Bintang, Hartamas, serta Menara Kuala Lumpur.

Lain-lain lokasi termasuk stesen-stesen LRT, pusat beli-belah Menara Berkembar Kuala Lumpur, Mid Valley, Pavilion serta Jalan Aloy dan Petaling Street.

Mesej tersebut turut mendakwa salah satu lokasi yang disenaraikan bakal menjadi sasaran serangan kumpulan militan IS seterusnya.

Rakyat berharap kepada pihak berkuasa seperi polis dan yang berkaitan dengan keselamatan saiber dapat menyiasat individu menyebar maklumat palsu dengan segera supaya dapat ditangkap dan diadili menikut peruntukan undang-undang negara ni.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .