Teringin adik kecil, anak nasihat Erra Fazira kahwin lagi - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, July 9, 2016

Teringin adik kecil, anak nasihat Erra Fazira kahwin lagi

KUALA LUMPUR, 8 Jul ― Tidak sanggup melihat ibu terus kesunyian, Engku Aleesya menasihatkan Erra Fazira agar mencari pengganti bagi melengkapkan kehidupan mereka sekeluarga.

Erra, nama popular Fazira Wan Chek, berkata walau anak tunggalnya itu baru berusia tujuh tahun, namun Aleesya sudah berasa kesunyian dan mahu memiliki adik-beradik lain.

“Aleesya memang ambil tahu pasal Erra dan sering menyuarakan hasratnya untuk memiliki adik.

“Erra bagaimanapun selalu cakap pada dia, kalau nak adik kenalah carikan suami. Kemudian dia pula menyuruh Erra mencari teman hidup,” katanya seperti dilaporkan Berita Harian.

Pelakon filem “Sembilu” berkata walaupun anaknya mengikuti rapat perkembangan semasa teman mesra ibunya, namun Aleesya hanya akan diperkenalkan bila tiba waktu yang sesuai.

Walaupun bercinta dengan juara Akademi Fantasia musim kelapan Ahmad Shahir Zawawi, restu Aleesya dan ibu Erra sendiri penting bagi memastikan kelangsungan hubungan mereka berdua.

“Dia (Aleesya) ambil tahu perihal ibunya berkawan dengan seseorang, begitupun dia tidak pernah berjumpa atau mengenali lelaki terbabit.

“Ini kerana Erra sendiri tidak akan memperkenalkan dirinya kepada sesiapa selagi perhubungan itu tidak kukuh.

“Erra tidak mahu membuatkan Aleesya tertanya-tanya ‘eh ini siapa pula?’,” beliau dilaporkan berkata.

Perkahwinannya bagi kali kedua dengan Engku Emran Engku Zainal Abidin, bapa Engku Aleesya, berakhir Februari 2014.

The Malay Mail

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Teringin adik kecil, anak nasihat Erra Fazira kahwin lagi Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman