Terkini Rumah Panjang Gandum Dekat Sarikei Terbakar - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Friday, July 8, 2016

Terkini Rumah Panjang Gandum Dekat Sarikei Terbakar

SARIKEI: Lebih 100 penghuni Rumah Panjang Gandum, Jalan Ulu Bayong di sini, tinggal sehelai sepinggang apabila kediaman mereka musnah dalam kebakaran sebentar tadi.

Rumah panjang dua tingkat itu terbakar kira-kira jam 7 malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, rumah panjang terbabit mempunyai 32 pintu, 28 daripadanya musnah terbakar, manakala empat berjaya diselamatkan.

Menurutnya, bomba menerima panggilan kecemasan pada jam 7.03 malam.

“Satu jentera bersama tujuh anggota diketuai seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei bergegas ke lokasi kejadian.

“Kebakaran berjaya dikawal kira-kira jam 8.30 malam,” katanya.

Katanya, tiada kecederaan dilaporkan kerana semua penghuni sempat menyelamatkan diri sebaik menyedari kediaman mereka terbakar.

“Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan pasukan forensik bomba,” katanya.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Terkini Rumah Panjang Gandum Dekat Sarikei Terbakar Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman