Thursday, July 7, 2016

USAHA MENJAUHKAN BELIA DARI ANASIR PENGGANAS

Johari Seman     1:49:00 PM    

USAHA Kementerian Belia dan Sukan untuk mendekati golongan muda agar tidak terjebak dengan fahaman militan dan ekstremisme patut dilihat satu usaha murni kementerian itu.

Menterinya, Khairy Jamaluddin berkata kementerian juga sedang mengkaji pelbagai aspek termasuk platform media sosial tentang bagaimana belia mudah dipengaruhi dan direkrut untuk menyertai kumpulan ekstremis.

Khairy Jamaluddin juga menyatakan kementerian itu juga sedang menyelaras dengan pelbagai persatuan belia dan pakar-pakar untuk mendekati kumpulan sasaran dalam usaha mendidik mereka mengenai bahaya fahaman militan dan ekstremisme.

Sajauh mana kesanya kepada belia diatas usaha Kementerian Belia dan Sukan sama-samalah kita berdoa semuga usaha murini ini memperolehi kejayaan.

Walaupun kita tahu sukar untuk membentuk keperibadian individu agar tidak melakukan jenayah berbahaya namun ia tetap berlaku.Sedangkan didikan yang diberi ibu bapa kepada anak-anaknya begitu bagus.

Belia juga harus memupuk kesedaran diri dengan melakukan pekara-pekara berfaedah kepada masyarakat dengan menyertai persatuan-persatuan dikawasan mereka,Elakkan diri melakukan pekara jenayah walaupun pada awalnya dianggap kecil,jenayah boleh menjadi besar apabila kelakukan jenayah dianggap tidak merbahaya kepada diri dan masyarakat.

Tanggungjawab kerajaan terhadap rakyatnya amat besar,namun usaha menjauhkan belia dari anasir pengganas harus dilakukan sepanjang masa,jangan pula seperti hangat-hangat tahi ayam.



0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .