Wanita mati ditembak, anak cedera parah - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Friday, July 8, 2016

Wanita mati ditembak, anak cedera parah

KUALA LUMPUR 6 Julai - Seorang wanita mati ditembak dari jarak dekat dipercayai oleh dua lelaki menunggang motosikal di Jalan Hujan Emas 4, Taman OUG Jalan Klang Lama, di Kuala Lumpur, petang tadi.

Portal China Press melaporkan, seorang daripada lima anak wanita berkenaan yang turut berada dalam kereta ketika kejadian cedera parah dipercayai terkena tembakan oleh suspek dan dikejarkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Kejadian berlaku kira-kira pukul 2.30 petang apabila mangsa yang berusia 32 tahun sedang memandu kenderaan jenis Toyota Vellfire bersama lima orang anaknya yang berusia antara dua hingga 13 tahun serta seorang pembantu rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd. Isa dipetik sebagai berkata, mangsa yang bekerja sebagai ejen hartanah ditembak lima das menerusi cermin tingkap sebelah pemandu.

"Satu peluru mengenai lehernya, manakala anak perempuannya yang berusia lapan tahun di tempat duduk penumpang hadapan dipercayai terkena tembakan pada sisi sebelah kanan kepala.

"Ada saksi mendakwa melihat suspek berlegar-legar menaiki sebuah motosikal di sekitar kawasan kejadian tidak lama sebelum tembakan," katanya.

Buat masa ini polis belum dapat memastikan motif kejadian dan identiti suspek.
Mayat mangsa dihantar ke PPUM untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. - UTUSAN ONLINE
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Wanita mati ditembak, anak cedera parah Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman