Anggota Polis Pengsan Dipukul Pencuri - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, August 6, 2016

Anggota Polis Pengsan Dipukul Pencuri

IPOH, 6 Ogos — Seorang anggota polis daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh cedera di bahagian kepala selepas dipukul lapan lelaki di kawasan tapak pembinaan rumah di Taman Sri Wangi Lahat, di sini petang kelmarin.
Ketua polis daerah Ipoh ACP Sum Chang Keong berkata dalam kejadian kira-kira 4 petang itu, mangsa yang sedang bertugas telah mengekori kesemua lelaki yang bertopi keledar menutup muka menunggang empat motosikal masuk ke tapak pembinaan berkenaan.
Sum berkata mangsa melihat lapan lelaki itu cuba mencuri mozek.
“Mangsa turun dari keretanya dan suspek cuba melarikan diri namun mangsa berjaya menahan seorang suspek dan berlaku pergelutan.
Suspek yang lain datang menolong dan telah memukul kepala mangsa dengan menggunakan kayu sehingga mangsa pengsan.
“Setelah sedar diri mangsa mendapati pistolnya telah hilang,” katanya dalam satu kenyataan di sini malam tadi.
Menurut Sum, mangsa kemudiannya terserempak dengan seorang rakan sejawat dan telah membawa beliau ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk mendapatkan rawatan.
Hasil siasatan di tempat kejadian, pihak polis telah menemui sepucuk pistol Smith & Wesson beserta lima butir peluru dan dua batang kayu yang dipercayai digunakan untuk memukul mangsa, katanya.
“Dua saksi yang nampak kejadian telah dirakam percakapannya. Siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesan dan menangkap suspek yang terlibat,” katanya.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata. — Bernama
_Malay Mail
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Anggota Polis Pengsan Dipukul Pencuri Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman