Monday, August 8, 2016

Chegubard Dicabar Lapor Kepada SPRM Isu Tanah Paya Indah Wetlands

Johari Seman     3:27:00 AM    


Chegubard kena ada kejantanan dengan cabaran yang dibuat oleh MB Selangor Azmin Ali mengenai isu penukaran status tanah di Paya Indah Wetlands, Kuala Langat jika benar dia ada bukti.

Kalau tidak Chegubard dianggap budak suruhan yang mencari makan dihujung jari seseorang terutamanya dari Umno.

Jika benar hal itu dia ada bukti sila lapor kepada pencegah rasuah,kalau dia tidak berani lakukan bermakna dia berbohong dan dipandang sebagai cubaan fitnah terhadap kerajaan Selangor.

Oleh itu rakyat Selangor perlu desak Chegubard kemukakan bukti dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM)

Kalau hanya main cakap-cakap di akhbar itu hanya cerita karton kesukaan kanak-kanak tadika.lakonan seperti itu sesiapa pun boleh buat.

Baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dengkil, Shahrum Mohd Shariff mempersoalkan tindakan Mohamed Azmin yang didakwa menukar status tanah Paya Wetlands daripada pertanian kepada pembangunan.

Dakwanya, carian di Pejabat Tanah Kuala Langat sebelum ini mendapati tanah Lot 68054 seluas 619 hektar di Mukim Tanjong Dua Belas, Kuala Langat ini ditukar statusnya daripada kawasan hijau kepada pembangunan pada 2015.

Kita rakyat Selangor sokong tindakkan melaporkan cerita yang dibawa Chegubard ke SPRM kerana sesuatu yang buruk tidak kira dari UMNO atau PKR perlu dipadam dari bumi Malaysia.

Kalau Chegubard anak jantan sila lakukan,,,

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .