Ketua Umno Shah Alam Patut Diganti - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Wednesday, August 17, 2016

Ketua Umno Shah Alam Patut Diganti



Azahari Perlu Lebih Bijak Jawab Isu 1MDB

Ketua Bahagian Shah Alam, Datuk Azhari Shaari menggempar perwakilan UMNO bahagian i  tu  kelmarin apabila menyamakan kes 1MDB dengan bom atom yang boleh menghancurkan UMNO.

Untuk makluman, UMNO telah beberapa kali mengadakan sesi taklimat di kalangan Ketua Bahagian dan pemimpin peringkat akar umbi menjelaskan status sebenar syarikat berkenaan termasuk yang diberikan oleh CEO 1MDB sendiri, Arul Kanda.

Azhari tidak terkecuali.

Jadi, agak aneh kenapa Azhari masih menyimpan pandangan yang sama dengan majoriti totok pembangkang setelah banyak kali diberikan penjelasan oleh kepimpinan parti?

Kenyataan oleh Azhari ini membayangkan kesukaran BN untuk kembali merampas Shah Alam yang satu ketika dulu pernah menjadi kubu kuat UMNO.  Sebagai Pengerusi BN bagi Shah Alam, bagaimana nak diharapkan dia untuk merampas kembali kawasan tersebut dari PAN?

Justeru, sesuatu perlu dilakukan sementara masa  masih ada.  Sama ada Azahari berubah atau Azahari itu yang diubah.  Paling tidak, dia perlu digantikan dengan pemimpin lain dalam kempen PRU14 yang akan datang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Ketua Umno Shah Alam Patut Diganti Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman