PENULIS BLOG RAKSASA BN TEMPAH TIKET PERCUMA MASUK NERAKA - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, August 9, 2016

PENULIS BLOG RAKSASA BN TEMPAH TIKET PERCUMA MASUK NERAKA

WAH wah wah wah,rupanya ramai juga yang mengenali hati budi Setia Usaha Akhbar kepada Perdana Menteri Malaysia,Datuk Seri Najib Tun Razak seorang ni bangkit mempertahankan beliau daripada terus difitnah Raksasa BN blog.

Oleh kerana perasaan dan hati melangkaui batas-batas haiwan manusia akan membentuk citarasa yang disepakati Iblis/syaitan.
Seseorang yang melakukan fitnah sama ada pelakunya nafi atau tidak dia sebenarnya telah membayar harga tiket untuk melepasi jalan mudah ke dalam neraka.
Hakikat ini jelas berdasarkan hadis “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Dosa fitnah pula seperti api membakar rating-rating kering manakala pelaku fitnah pula akan dibakar api neraka lebih cepat dari api membakar rating dan daun kering.Malah api neraka yang membakar para pendosa setinggi 70 tahun perjalanan di muka bumi.
Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.
Sedarlah pemilik blog Raksasa BN,bahawa dosa melakukan fitnah digolongkan sebagai dosa sesama makhluk bergelar manusia. Justeru itu  dosa pelakunya tidak akan diampunkan Allah, kecuali orang yang difitnah itu memberi keampunan terhadap perbuatan itu.
Setakat ini pelaku fitnah terhadap Setiausaha Akhbar Kepada Perdana Menteri, Datuk Akmar Hisham belum tampil berlutut sedangkan kematian setiap manusia adalah wajib.
Sama ada Datuk Akmar dahulu yang meninggal dunia atau pembuat fitnah lebih dahulu mampos dosa fitnah tetap menjadikan pelakunya muflis dihadapan Allah jika keampunan tidak dimohoh kepada orang yang difitnah.
Allah berfirman:
Apabila datangnya ajal mereka, tidak akan dilewatkan sesaat, mahupun diawalkan (Surah an Nahl : 61)
Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Adakah kamu semua mengetahui apakah ghibah (mengumpat)? Sahabat menjawab: Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui. Lalu Baginda meneruskan sabdanya: Kamu berkata mengenai saudara kamu perkara yang tidak disenanginya. Lalu ditanya oleh seorang sahabat: Walaupun saya berkata perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya?’ Rasulullah bersabda lanjut: “Jika kamu berkata mengenai perkara yang benar-benar berlaku pada dirinya bererti kamu mengumpatnya, jika perkara yang tidak berlaku pada dirinya bererti kamu memfitnahnya.” (Hadis riwayat Abu Hurairah)
Penulis berharap sangat kepada Allah SUPAYA pemilik blog Raksasa BN yang banyak melakukan fitnah kepada Datuk Akmar Hisham dan rakan-rakannya dapat membaca artikel ringkas ini
Semuga Allah membantu seseorang mengirimkan link blog ini kepada pelaku fitnah Datuk Akmar Hsham.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: PENULIS BLOG RAKSASA BN TEMPAH TIKET PERCUMA MASUK NERAKA Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)