Tutup Bilik Gerakan Jika KP Shah Alam Tidak Dicalonkan Pada PRU Nanti - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, August 6, 2016

Tutup Bilik Gerakan Jika KP Shah Alam Tidak Dicalonkan Pada PRU Nanti


Ketua Pemuda UMNO Shah Alam
menunaikan hajat seorang kanak-kanak
menghidapi kenser yang berhajat untuk menaiki kereta BMW
ALKISAH ugutan sebahagian Ketua Umno Cawangan Shah Alam yang mahu tutup bilik gerakan jika Ketua Pemuda Umno Bahagian, Datuk Ahmad Mua'adzam Shah tidak di calonkan di kerusi DUN mahupun Parlimen pada PRU14 nanti.

Hal ini bukan rahsia lagi dikalangan ahli parti terutamanya ahli Umno cawangan terbabit,setakat ini yang berkokok mahu tutup bilik gerakan hanya 4 ketua cawangan.

Kebodohan yang menyelubungi mereka jelas didorong perasan bimbang apabila Ahli Majlis Tertinggi Umno,Dato' Sohaimi Shahadan mula memasuki kawasan Shah Alam malah turut mengadakan program bersama Ketua Bahagian Datuk Azhari Saari sejak hampir setahun lalu..
Ahli Majlis Tertinggi Umno,Dato' Sohaimi Shahadan

Dato' Sohaimi Shahadan juga dilaporkan telah membeli sebuah rumah di Shah Alam harga jutaan ringgit.Tapi tidak hairanlah dia nak beli rumah berapa juta pun sebab dia memang berduit.

Timbul rasa tidak puas hati sebahagian orang Umno Shah Alam apabila Sohaimi diberitakan mahu dirinya dicalonkan di Parlimen Shah Alam.

Parlimen Shah Alam pula dah tradisi jadi hak milik orang luar.

Kalau itu dikekalkan,maknanya Ketua Pemuda Bahagian tiada peluang untuk jadi calon berikutan DUN Batu Tiga menjadi cita-cita Datuk Ketua Bahagian,Azhari Saari .

Manakala DUN Kota Anggerik pula menjadi cita-cita orang nombor dua Umno Bahagian shah Alam.

Tamat

Cerita lain kali
ini sebagai pembukaan




  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Tutup Bilik Gerakan Jika KP Shah Alam Tidak Dicalonkan Pada PRU Nanti Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman