Wednesday, September 7, 2016

Aedes, Zika & Denggi Banyak Dalam UMNO

Johari Seman     10:55:00 AM    

SHAH ALAM, 7 SEPT: Penduduk di sekitar Pusat Komersil Seksyen 7 terutama pelajar dan peniaga diingatkan supaya menjaga kebersihan bagi mengelakkan pembiakan nyamuk Aedes.
Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi, berkata walaupun jumlah kes denggi di Selangor mencatatkan prestasi turun naik namun sasaran menurunkan jumlah kes tetap menjadi keutamaan.
“Daerah Petaling masih lagi menjadi kawasan mencatatkan kes denggi tertinggi di Selangor.
“Namun antara tiga kawsan pihak berkuasa tempatan (PBT), Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) masih mencatatkan kes terendah berbanding Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media pada Program Terjah Aedes di Pusat Komersil Seksyen 7, Shah Alam.
Untuk minggu epid ke-35 berlaku peningkatan kes denggi dengan catatan 1,011 kes berbanding 970 kes pada minggu epid ke-34.
Katanya, penghapusan nyamuk Aedes penting kerana ia turut menyumbang kepada wabak Zika dan Chikungunya.
“Walaupun wabak Zika mengakibatkan kecacatan otak namun Aedes tetap berbahaya kerana ia boleh membawa kepada kematian,” katanya.
Daroyah menambah, Kerajaan Negeri sedang mengkaji produk terbaru yang berupaya membasmi pembiakan nyamuk Aedes dan projek perintis sedang dijalankan denvan kerjasama MBSA.
Dalam majlis sama, Daroyah turut melancarkan Unit Tindakan Denggi (UTD) MBSA yang ditempatkan di kawasan mempunyai tempoh wabak melebihi 100 hari atau melebihi 100 kes.
Sebelum ini, aktiviti sama sudah dijalankan di kuarters penjawat awam SUK Selangor di Seksyen 16.
EZY

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .