PM IKTRAF ITLET PARALIMPIK NEGARA - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, September 22, 2016

PM IKTRAF ITLET PARALIMPIK NEGARA

SEPANG 22 Sept. - Atlet paralimpik negara di Sukan Paralimpik Rio, Brazil 2016 adalah wira dan ikon negara kerana pencapaian mereka yang luar biasa, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
Perdana Menteri memberikan pengiktirafan itu kepada mereka semasa berucap pada majlis sambutan kepulangan kontinjen paralimpik negara di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini hari ini.
Perdana Menteri turut mengumumkan atlet paralimpik yang berjaya memenangi pingat gangsa akan mendapat tambahan imbuhan sebanyak RM100,000 menjadikan jumlah sebenar RM200,000 berbanding RM100,000 sebelum ini.
Sebagai penghargaan kepada kejayaan para atlet paralimpik itu juga, semua jurulatih dijanjikan imbuhan termasuk Penaung Majlis Paralimpik Malaysia, Tun Jeanne Abdullah yang akan diberikan penghargaan khas.
“Saya kata kalau negara lain tak mahu beri ganjaran kepada atlet paralimpik, tidak mengapa kerana di Malaysia, atlet paralimpik dilayan sama rata dengan atlet-atlet yang lain.
“Bukan itu sahaja, saya nak beritahu mereka ini (atlet paralimpik) adalah ikon untuk semua rakyat Malaysia,” katanya di sini hari ini.
Pada majlis sambutan itu Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta lebih 1,000 peminat sukan tanah air dan ahli keluarga para atlet memberi sambutan yang cukup meriah kepada kontijen paralimpik yang diketuai oleh Ketua Kontinjen Paralimpik negara, Dr. Ang Kean Koo.
Pesawat Emirates EK 0346 yang membawa atlet paralimpik itu diberi sambutan penghormatan pancutan air sebaik mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada pukul 3.12 petang ini. - UTUSAN ONLINE
-
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: PM IKTRAF ITLET PARALIMPIK NEGARA Rating: 5 Reviewed By: Musang Maya (Nur Shila)