Bot Terbalik: Dua Lemas, Lima Lagi Masih Hilang - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Sunday, October 30, 2016

Bot Terbalik: Dua Lemas, Lima Lagi Masih Hilang

ALOR SETAR: Dua penumpang bot mati lemas manakala lima orang lagi terselamat selepas bot yang dinaiki mereka dari Tanjung Dawai ke Pantai Merdeka di Kuala Muda, terbalik.

Bagaimanapun, nasib lima lagi penumpang yang hilang akibat nahas itu belum diketahui.

Dalam kejadian kira-kira 10.38 pagi, bot yang membawa 12 penumpang itu dipercayai terbalik selepas mengalami kerosakan enjin.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Nur Hafizah Mohammad Lokman berkata pihaknya menerima panggilan pada 10.38 pagi dan tiba di lokasi 30 minit kemudian.

Pada masa ini operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan, katanya. - BERNAMA

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Bot Terbalik: Dua Lemas, Lima Lagi Masih Hilang Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman