Budiman dan Mastura Angkat Sumpah Ahli Parlimen - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, October 17, 2016

Budiman dan Mastura Angkat Sumpah Ahli Parlimen

17 OKT: Ahli Parlimen Sungai Besar, Budiman Mohd Zohdi mendahului upacara mengangkat sumpah Ahli Parlimen baharu pada awal sesi Sidang Dewan Rakyat yang bermula hari ini.
Ia diikuti oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datin Mastura Mohd Yazid.
Kedua-dua mereka mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Mastura memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen itu selepas menewaskan tiga pencabar lain dengan majoriti 6,969 undi.

Mastura, 55, yang juga isteri kepada penyandang kerusi, Allahyarham Datuk Wan Mohamad Khair-il Wan Ahmad memperolehi 12,653 undi menewaskan calon Pas, Dr Najihatussalehah Ahmad yang mendapat 5,684 undi, calon Amanah, Dr Ahmad Termizi Ramli (4,883) dan calon bebas, Izzat Bukhari Ismail Bukhari (54).

Manakala Budiman, 44, menang dengan majoriti 9,191 undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar pada 18 Jun lepas, mengatasi majoriti 399 undi yang diperoleh bekas penyandang dari Barisan Nasional (BN) Allahyarham Tan Sri Noriah Kasnon.

Sementara itu Pandikar mengingatkan kedua-dua ahli parlimen yang baru mengangkat sumpah untuk meneruskan perkhidmatan cemerlang seperti yang telah dilakukan ahli parlimen terdahulu.
“Saya mengucapkan tahniah kepada kedua-dua ahli Yang Berhormat Budiman Mohd Zuhdi Ahli Parlimen Sungai Besar dan Mastura Mohd Yazid Ahli Parlimen Kuala Kangsar yang telah memenangi pilihan raya kecil yang lepas.

“Saya juga berharap supaya ahli-ahli Yang Berhormat dapat memberi sumbangan yang berguna dan berfaedah kepada dewan ini dan kepada negara seterusnya dan semoga dapat berkhidmat dengan cemerlang,” katanya selepas memasyurkan kedua-dua ahli parlimen baharu itu.

Kekosongan kerusi Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar berikutan kematian penyandangnya, Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Noriah Kasnon serta Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar dalam tragedi helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lepas.
Pada PRU13, Allahyarham Noriah mendapat 18,695 undi dengan majoriti 399 undi mengalahkan calon PAS, Mohamed Salleh M.Hussin yang memperoleh 18,296 undi.

Manakala Allahyarham Wan Mohammad Khair-il menang kerusi tersebut dengan majoriti 1,082 undi.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Budiman dan Mastura Angkat Sumpah Ahli Parlimen Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman