Dr. Vida Didakwa Gagal Bayar Cukai GST RM4.2 Juta - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » Dr. Vida Didakwa Gagal Bayar Cukai GST RM4.2 Juta

IPOH 13 Okt. - Pengasas syarikat produk kecantikan dan kesihatan, Vida Beauty Sdn. Bhd., Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 32 pertuduhan mengikut Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) 2014 sejak April 2015 sehingga Julai tahun ini.

Hasmiza, 45, yang lebih popular dengan panggilan Dr. Vida menghadapi 16 pertuduhan masing-masing mengikut Seksyen 41(7) Akta GST 2014 dan Seksyen 41(6) akta sama kerana gagal membayar cukai GST bernilai kira-kira RM4.2 juta dan mengemukakan penyata cukai itu.

Ibu kepada dua anak berusia 11 dan sembilan tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan yang dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Murtazadi Amran.

Hakim Murtazadi membenarkan Dr. Vida diikat jamin sebanyak RM1.76 juta masing-masing dengan seorang penjamin bagi kesemua pertuduhan mengikut Seksyen 41(7) dan Seksyen 41(6) Akta GST 2014.

Beliau turut membenarkan permohonan pihak pendakwaan agar pasport dan dokumen perjalanan ahli perniagaan itu diserahkan kepada mahkamah sehingga perbicaraan kes tersebut selesai.

Kes disebut semula pada 15 November ini. - UTUSAN ONLINE

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,