Kalau Tak Mahu Sokong RUU 355 Ku Li Tak Usah Menyibuk - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, October 17, 2016

Kalau Tak Mahu Sokong RUU 355 Ku Li Tak Usah Menyibuk

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mempersoalkan sama ada pindaan Rang Undang-undang (RUU) Persendirian Akta 355 yang akan dibentang oleh Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengikut cara yang betul.

Menurut beliau, agama adalah hak negeri dan berada di bawah naungan raja-raja di negeri masing-masing.

“Apakah RUU ini layak dibawa ke Parlimen? Perkara ini mesti mendapat persetujuan raja terlebih dahulu.

"Jadi saya takut ia tak ikut cara itu,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata, perkara itu mesti dibawa ke peringkat negeri dan sekiranya tidak, ia dianggap tidak berperlembagaan kerana agama adalah hak raja.

“Saya nak minta penjelasan sama ada RUU ini layak dibawa masuk ke Parlimen kerana Parlimen bukan tempatnya,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, perkara ini mesti dibentangkan ke Majlis Raja-raja dan sekiranya diperkenankan barulah boleh dibawa ke peringkat Parlimen.

“Kalau hak raja, mesti dibawa ke peringkat negeri, berunding dengan Majlis Agama Islam Negeri, dan dengan raja sendiri. Kalau nak bawa ke peringkat Parlimen itu soal lain,” katanya. Menurutnya, beliau tidak menentang pindaan RUU itu cuma mahukan penjelasan mengenainya.

"Saya rasa semua orang nak tahu. Bukan sahaja dalam kalangan ahli-ahli parlimen, tetapi rakyat sendiri kerana perkara ini berkaitan dengan agama,” katanya.

  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Kalau Tak Mahu Sokong RUU 355 Ku Li Tak Usah Menyibuk Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman