Sunday, October 30, 2016

Mangsa Banjir Kilat Pulau Pinang Kecewa Dengan Kerajaan Negeri

Johari Seman     1:08:00 PM    

Kebanyakan mangsa banjir juga mengatakan UMNO tidak lagi dinilai bagus untuk memerintah Pulau pinang,pada peru lalu pakat-pakat undi DAP.jadi padam muka hang

GEORGETOWN: Kebanyakan penduduk yang terjejas akibat banjir kilat di Jalan P Ramlee di sini, menyatakan kehampaan berikutan tiada wakil kerajaan DAP Pulau Pinang datang membantu.

Kekesalan itu diluahkan walaupun mereka sudah mula membersihkan persekitaran kediaman masing-masing sejak jam 7 pagi tadi.

Suri rumah, Farah Atikah Ali, 32, terpaksa melakukan kerja pembersihan tanpa bantuan mana-mana pihak, selain tiada bantuan awal dihulurkan kerajaan negeri.

“Kami terpaksa membersihkan rumah sendiri walaupun baru pulih daripada sakit.

“Bukanlah kami harapkan kerajaan negeri bagi sumbangan wang untuk kerja pembersihan tetapi sekurang-kurangnya jenguk rakyat dan hantar bantuan makanan dalam keadaan seperti ini,” katanya ketika ditemui BH, hari ini.

-BERITA HARIAN ONLINE

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .