Pasar raya berdepan tindakan denda RM3 juta - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Sunday, October 30, 2016

Pasar raya berdepan tindakan denda RM3 juta

KUALA LUMPUR - Sebuah pasar raya di Jalan Pudu yang didapati menyimpan bekalan barangan terkawal termasuk minyak masak, berdepan tindakan denda sehingga RM3 juta.

Ia berikutan hasil pemeriksaan dijalankan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (WPKL), mendapati sejumlah 685 kilogram minyak masak, 263 kilogram tepung gandum dan 620 kilogram gula pasir di simpan di premis berkenaan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri, Wan Mhd Yusof Wan Taib berkata, tindakan itu hasil aduan diterima orang ramai.

Menurutnya, sepasukan penguat kuasa bertindak ke premis berkenaan dan mendapati bekalan barang kawalan itu disimpan dan siasatan lanjut mendapati premis tersebut adalah premis yang tidak dilesenkan bagi menyimpan barang kawalan tersebut.

“Kesemua barangan berkenaan disita dan nilai sitaan direkodkan berjumlah RM3,062.05.

“Jika sabit kesalahan boleh didenda RM1 juta atau penjara 3 tahun atau kedua-dua sekali bagi individu dan RM3 juta bagi syarikat,” katanya kepada Sinar Harian.
-SINAR HARIAN
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Pasar raya berdepan tindakan denda RM3 juta Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman