Sunday, October 30, 2016

Rumah Orang Meskin Dibaiki Dengan Bantuan Tenaga Penuntut

Johari Seman     12:47:00 PM    

RANTAU PANJANG - Seramai 100 penuntut universiti membaiki 10 rumah golongan asnaf di Dun Gual Periok dan Bukit Tuku, semalam.

Senator Datuk Abdullah Mat Yasim berkata, selain membaiki rumah, mahasiswa dari Universiti Malaysia Pahang, Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Islam Antarabangsa dan Universiti Pertahanan turut membersihkan sekitar rumah penduduk di sini.

Menurutnya, ia adalah sempena Program Dari Menara Gading Turun ke Denai anjuran bersama Penggerak Muda Siswa Rantau Panjang dan Umno Rantau Panjang.

“Mereka turut dibantu oleh tukang rumah yang berpengalaman dalam selok-belok pembinaan bangunan.

“Begitu susah orang kampung mencari rezeki maka kita mahu anak muda bersyukur dengan nikmat yang ada dan berusaha membantu masyarakat yang memerlukan menerusi pelbagai aktiviti sukarelawan.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penutup Program Dari Menara Gading Turun ke Denai di Kemas Lubok Jong.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .