Sorok Minyak Masak 885KG - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » » Sorok Minyak Masak 885KG

Langkawi: Tindakan peniaga menyorok 885 kilogram minyak masak di bawah kaunter pembayaran dan sudut kecil premisnya di Jalan Pandak Mayah, Kuah terbongkar dalam serbuan mengejut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), semalam.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Langkawi, Shamnaziman Mohamed Taulan berkata, pihaknya melakukan pemeriksaan rutin dan mengesan kesalahan pemilik premis itu yang menyembunyikan minyak masak sebelum serbuan dilakukan pada 1.15 tengah hari.

“Serbuan menemui 765 kilogram minyak masak peket yang dibungkus kemas, selain 24 botol minyak masak seberat lima kilogram setiap satu disembunyikan dipercayai untuk mengaut keuntungan berganda.

“Semua minyak masak bernilai RM2,232.90 itu dirampas pihak kami untuk tindakan lanjut,” katanya pada sidang media di pejabat KPDNKK Langkawi di sini, sebentar tadi.

Beliau berkata, peniaga berusia 41 tahun itu turut dipanggil bagi memberi keterangan berhubungan kes itu.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 15 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana menyembunyikan barangan kawalan (minyak masak) dengan bertujuan menahannya daripada dijual di pasaran.

“Sabit kesalahan, bagi individu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, manakala syarikat, denda tidak melebihi RM2 juta,” katanya.

-MYMETRO

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,