Bawa baldi ke SUK tanda protes - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, November 3, 2016

Bawa baldi ke SUK tanda protes


Sya akan kritik dihari lain mengenai artikel ini

SHAH ALAM – Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dicabar mengemukakan bukti sahih berkenaan dakwaannya yang mengatakan wujud sabotaj dalam isu air melibatkan individu atau parti tertentu di negeri ini.

Ketua Pemuda Umno Selangor, Zainuri Zakaria berkata, jika dilihat kepada kenyataan Azmin sebelum ini, beliau dilihat seolah-olah cuba mengaitkan parti tertentu dengan krisis air yang berlaku di negeri ini.

“Kenyataannya berunsur ke arah untuk menyalahkan sebuah parti tertentu dan kita tak akan sesekali izinkan ia berlaku.

“Justeru itu, kita desak Polis Diraja Malaysia (PDRM) siasat dakwaan Azmin itu yang dilihat cuba menyalahkan Umno/BN dengan menuduh kita melakukan sabotaj,” dakwanya ketika menyerahkan memorandum kepada Setiausaha Politik Menteri Besar, Shuhaimie Shafei selepas mengetuai demonstrasi Op Baldi berhubung isu air Selangor, di pintu masuk SUK, di sini semalam.

Seramai 200 Pemuda berkumpul kira-kira jam 11 pagi sambil masing-masing membawa baldi sebagai tanda protes di atas kegagalan kerajaan negeri menyelesaikan isu air di negeri ini.

Pada masa sama, beliau turut mengingatkan Azmin agar tidak lagi mempolitikkan isu air serta bersandiwara di sebalik isu air yang semakin kritikal di negeri ini.

“Tolong hentikan sandiwara dan lakonan berhubung pencemaran di Sungai Buah yang didakwanya dilakukan individu atau pihak tertentu, kita minta beliau buktikan mengenai dakwaannya itu.

“Jika kita tengok pada hari ini, tiada pencemaran dan sabotaj yang berlaku bahkan sejumlah 23 lot tanah telah diluluskan kerajaan negeri tetapi kenapa loji rawatan air (LRA) Langat 2 tidak dilaksanakan sepenuhnya?,” katanya.

Menurutnya, pencemaran air berlaku apabila sungai dan pasir dikorek serta kilang haram dibiarkan berleluasa bahkan punca-punca pencemaran berlaku dalam negeri ini bukan di negeri lain seperti Perak dan Negeri Sembilan.

Exco Pemuda Umno, Datuk Armand Azha Abu Hanifah berkata, menyelar sikap Mohamed Azmin yang bermuka-muka seperti sesumpah.

“Depan rakyat cakap lain, belakang rakyat cakap lain, jika dia wakil rakyat yang benar-benar memperjuangkan hak rakyat, sudah pasti dia cuba selesaikan isu air kerana air merupakan perkara asas dalam kehidupan seharian.

“Tetapi dia lebih suka bermain politik dan cari kesalahan orang lain daripada menyelesaikan masalah di negeri yang ditadbirnya sendiri,” katanya.

2 NOVEMBER 2016
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Bawa baldi ke SUK tanda protes Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman