LAPAN PERTUDUHAN PENGUBAHAN WANG HARAM RM10.2 JUTA - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Thursday, November 3, 2016

LAPAN PERTUDUHAN PENGUBAHAN WANG HARAM RM10.2 JUTA

Shah Alam: Tiga pengarah sebuah syarikat penerbitan buku dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas lapan pertuduhan berkaitan aktiviti pengubahan wang haram berjumlah RM10.2 juta sejak Mac lalu.

Tertuduh, Muhammad Ghazali Abdul Majid, 40; Wan Asri Wan Hassan, 44, dan Mohd Azizi Mahusin, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berasingan dibacakan jurucakap mahkamah terhadap mereka.

Bagi empat pertuduhan awal di hadapan Hakim Asmadi Hussin, Muhammad Ghazali didakwa menerima wang menerusi cek dan terbabit dalam transaksi aktiviti haram antara RM1.5 juta hingga RM2.2 juta di sekitar bandaraya ini, Mac hingga Ogos lalu.

Manakala, bagi tiga pertuduhan di hadapan Hakim Rozilah Salleh, Wan Asri didakwa turut menerima wang tunai termasuk menerusi 10 cek berjumlah RM2.6 juta di lokasi sama, April lalu.

Mohd Azizi pula didakwa menerima wang RM 1,250,000 menerusi tiga cek iaitu hasil daripada aktiviti haram di lokasi sama, antara Mac dan Jun lalu.

Justeru, mereka yang pernah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkaitan kes penyelewengan dana penerbitan buku bernilai RM15 juta Ogos lalu itu melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4 (1) (a) dan (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya SPRM Mohd Asnawi Abu Hanipah manakala tertuduh masing-masing diwakili peguam bela Datuk Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar dan Mohd Hisham Mohd Nen.

Mahkamah membenarkan kos jaminan antara RM40,000 hingga RM150,000 ke atas semua tertuduh dan tarikh sebutan semula ditetapkan pada 2 Disember depan.

(myMetro)
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: LAPAN PERTUDUHAN PENGUBAHAN WANG HARAM RM10.2 JUTA Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman