Monday, January 23, 2017

Jangan Angkuh Kerana Ujian Sebenar Belum Tiba

Johari Seman     9:56:00 PM    

Politik Malaysia saban hari,saban bulan,saban tahun semakin mencabar bukan sahaja dari corak strategi dan persepsi malah kepercayaan rakyat kepada sesebuah parti bertanding di musim pilihan raya juga semakin sukar diramalkan.

Menang atau kalah sesebuah parti hanya ditentukan melalui tangan rakyat yang layak mengundi apabila sampai waktunya.

Semua parti politik bertanding boleh mendakwa apa sahaja termasuk akan menyapu bersih semua kerusi milik parti yang memerintah negara hari ini.
Keputusan kepada kata-kata pemimpin sesebuah parti hanya diputuskan melalui undi rakyat dan segala ungkapan indah menyakinkan sebelum keputusan pilihan raya hanya mimpi dalam mimpi.

Oleh kerana itu,rakyat menjadi kepentingan kepada parti bertanding kerana rakyatlah penentu kepada kemuncak yang dinanti-nantikan.

Parti memerintah tidak bermasalah untuk menabur segala umpan sebagai magnet tarikan,namun parti pembangkang mungkin tidak mampu memberi kuasa kepada tarikan sewajarnya.

Parti pemerintah mampu melakukan apa sahaja termasuk menyediakan pasarana penting kepada rakyat bukan sahaja sebuah bangunan tinggi dan besar malah mampu memberi tunai kepada marhaen.

Pembangkang hanya mampu cipta persepsi ,propaganda,dan cipta isu baharu,namun semuanya hanya melekat dikepala sebahagian rakyat dan sudah tentulah kemampuan mencipta kemenangan berpihak kepada kerajaan hari ini.

Larangan bertaksub boleh menang daripada parti pemerintah dan pembangkang sepatutnya bersarang di hati dan kepala pemimpin dan penyokong kerana undi masik ditangan rakyat.

Kelemahan harus dicari untuk pemantapan sesebuah parti bertanding bukanya bangga dengan kekuatan yang entah sekuat mana.kerana waktu ujian sebenar belum tiba.


0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .