Tuesday, January 24, 2017

Tidak Berlaku Keretakan Hubungan TPM Zahid dan PM Najib

Johari Seman     9:23:00 PM    


Tidak berlaku perbalahan antara TPM Zahid dan PM Najib seperti didakwa pembangkang beberapa hari lepas.

Tidak ada usaha kumpulan dalam UMNO termasuk Cybertrooper yang didakwa telah berpakat menyerang TPM Zahid dengan niat untuk menjatuhkannya dan diganti dengan Hishamuddin Hussein Onn seperti didakwa kebanyakan pengamal media sosial pro pembangkang.

Serangan terhadap Zahid didakwa bermula dengan kenyataannya sendiri berkaitan peratus cybertooper yang berpihak kepada kerajaan dan menyokong dasar kerajaan hanya 6.6%,manakala yang menentang 93.6%.

Apabila ada beberapa cybertrooper yang dikenali cuba mempersoalkan kenyataan Zahid tentang sumber kajian yang dibuat secara jelas bagi pencerahan,bukanya untuk menentang Zahid.

Cybertrooper pro pembangkang mengambil kesempatan dengan menyebar dakyah mereka supaya pecah belah terjadi.

Kiranya berlaku perpecahan atau berpuak kesempatan ini akan digunakan sebaik mungkin,kerana propaganda merupakan daging dan darah dalam politik,manakala persepsi merupakan jarum halus dalam propaganda. Penjelasan ini bersambung

Ini untuk Zahid dan seluruh pemimpin UMNO

Lebih kurang 10 tahun lalu BIRO IT diwujudkan disetiap UMNO bahagian dinegeri-negeri tanah Melayu ini.

Apa fungsi sebenarnya sekiranya tidak boleh membantu mempertahankan kerajaan dan menyebar dasar yang akan dan sudah dilaksana,BIRO IT UMNO dalam bahagian dan negeri hanya nampak aktif ketika beberapa bulan sebelum PRU,selepas itu hanya dengar nama sahaja.

Disini muncul pertanyan yang sering dipersoalkan kebanyakan ahli UMNO.Apakah BIRO IT yang diwujudkan dan dikendalikan oleh ahli parti sendiri hanya untuk mengumpul data pengundi?

Keterlibatan ahli parti terutamanya puteri UMNO semasa menghadiri seminar berkaitan dengan pekara yang dibincangkan 300 dan 400 orang,dan adakah PESERTA YANG DIHANTAR hanya untuk KPI UMNO bahagian.

Umumnya tahu,setiap UMNO bahagian ada FB sendiri,tetapi sayang hanya digunakan untuk hebahan berupa gambar program yang dilakukan.

Semasa PM Najib diserang dengan isu tajaan haji dari 1MDB tidak mabrur dan tuduhan curi wang 1MDB,FB UMNO bahagian tidak memberi penerangan atau pencerahan sewajarnya,negeri pun begitu juga.
Kalau diperhatikan,setiap isu yang timbul berkaitan UMNO,para blogger suka-suka seperti Selangor Post inilah akan berhempas pulas mempertahankan tanpa ada elaun bulanan atau harian.

Setiap UMNO bahagian memperolehi jutaan ringgit dari persekutuan melalui ICU,tetapi sayang ahli UMNO yang dipilih sebagai ketua penerangan di sayap-sayap parti bina blog pun tidak tahu apa lagi untuk menulis artikel mengikut maklumat semasa, untuk mengedalikan sudah pasti langsung tak tahu.

Ketua penerangan UMNO negeri dan bahagian kebanyakan menggunakan media cetak dan letronik untuk menyampaikan sesuatu penerangan berkaitan isu semasa,manakala ketua bahagian pula langsung tidak tahu apa-apa tentang medium media sosial selain Facebook.

Wanita,Puteri,Pemuda pula masing masing sibuk dengan urusan seolah-olah ahli UMNO dalam negeri dan bahagian hanya ada sepuluh orang.

Setiap krusus berkaitan media,UMNO bahagian boleh hantar sepuluh orang dan lebih,namun kesanya langsung tiada.

Apa sebenarnya peranan ketua penerangan negeri dan bahagian sehingga tidak mampu mewujudkan kumpulan media sendiri.

Apakah ketua UMNO bahagian takut dengan para blogger?jawabnya ya,terutamnya takut kena hentam apabila keperluan peralatan untuk kerja media lambat disediakan setelah permohonan dibuat,itu tidak kira soal lambat bayar elaun.

Kalau kena hentam itu salah sendiri,kerana cybertrooper tahu jutaan ringgit dari persekutuan melalui ICU setiap tahun masuk ke UMNO bahagian.

Hari ini penulis blog paling aktif seluruh Malaysia pro BN tidak sampai dua ratus orang.tetapi Pak menteri seperti Zahid mungkin tidak tahu,penulis-penulis inilah sedang mempertahankan tuduhan hubungan baik beliau dan Najib retak.

Bersambung dibahagian kedua-

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .