Monday, April 17, 2017

Dikala Melayu Berpecah Demi Kuasa Politik,DAP Berarak Ke Putrajaya

Johari Seman     8:07:00 PM    

Dikala Melayu berpecah belah dari pokok ideologi politik disitulah bermula kekuatan menjadi lemah akibat berpihak kepada sokongan masing-masing.

Perpecahan Melayu bukan berperang sesama bangsanya,agamanya,budayanya sebaliknya perpecahan kerana politik kepartian penyebab kurang kukuhnya parti dipimpin Melayu.

Ini bermula,kerana Melayu sendiri berlumba-lumba mengejar kuasa,mengejar kedudukan dikalangan puak,mengejar kebendaan setelah berkuasa.

Ketamakan penguasa dari parti Melayu tertua juga menjadi punca Melayu berpecah,selagi hayat ada selagi itulah mereka mahu jadi seorang berkuasa dalam kelompoknya.

Ketamakan ini jelas dilihat dulu kini dan mungkin selamanya selagi dunia belum kiamat,bayangkanlah ada dari setengahnya memegang jawatan sebagai ketua bahagian bermula dari tahun 60an SAMPAI SEKARANG dan bukan sikit menerajui bahagian selama 15 tahu dan 20 tahun.

Orang muda yang berjuang keras sukar untuk merasai jawatan yang diidamkan walaupun sudah banyak berkorban.

Akhirnya orang muda menunggu seperti tikus tengok besi,nak lawan tak terdaya,wang pula sikit,akhirnya kecewa lalu terus melompat parti dan menentang mantan parti yang mereka sokong dahulu.

Kini Melayu berpecah lima dengan adanya lima parti dipimpin Melayu akhirnya berarak ke Putrajaya adalah DAP.

Ramai yakin,10 hingga15 tahun lagi akan ada 10 atau 12 parti politik dipimpin Melayu,kiranya menjadi kenyataan pastinya DAP menjadi raja dalam Parlimen kerana bangsa China setakat ini tiada riak untuk berubah sokongan selain DAP.

Bangsa China bijak meletakkan hasrat untuk memerintah walaupun sedar kini tiada kemampuan untuk memperolehi kuasa di Tanah Malaysia walaupun mereka sudah tunjuk kuasa dengan memerintah satu negeri.

222 kerusi Parlimen kiranya di bahagi kepada 5 parti Melayu hanya akan jadi 44,dari jumlah inilah orang berebut berebut untuk menguarangkan sokonagan diantara satu sama lain,manakala DAP tetap letak calon mereka di semua kawasan majoriti orang China dan kawasan pengundi campur-campur.

222 kerusi di bahagi dengan 6 parti bertanding termasuk DAP pastinya 37 sahaja dimiliki setiap parti yang bertanding.

Itu dengan congak yang mudah,setiap kali pilihan raya akan datang semua parti bertanding akan berusaha mengumpul kemenangan dengan merampas kerusi yang dimiliki masing-masing iaitu 37 sebelum di tandingi.

Oleh itu,pada PRU14 atau selepas tidak mungkin tiada parti yang tidak memenangi sebarang kerusi parlimen atau Dun.

Secara tak langsung UMNO sebagai pendahulu liga pilihan raya akan merasa jerih lelah untuk mempertahankan kemenangan dikawasan yang dimenangi.

Yakin atau tidak,pada pilihan raya ke-14 nanti banyak kerusi UMNO yang dimenangi sebelum ini akan terkorban walaupun berjaya memenangi dikawasan yang kalah pada PRU13.

Jangkaan 6 kerusi Parlimen yang dimenangi UMNO pada PRU13 akan hilang tidak mustahil,sebagai contoh terdekat kerusi Parlimen Machang di Kelantan yang dimenangi dengan majoriti bawah seribu undi.

Walau bagaimanapun dunia politik penuh dengan seninya,penuh dengan putar belitnya,penuh dengan duri sembilu,parti yang bijak menggunakan isu yang rakyat suka,parti itu lah akan memerintah negara ini selepas PRU14.

Namun sekiranya parti yang dipimpin Melayu tumbuh sehingga 10 atau 12 pengecilan kuasa politik parti pemerintah pasti akan berlaku disaat itu rakyat akan lihat siapakah,bangsa manakah yang akan berarak ke Putrajaya.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .