Jasa UMNO Tidak Boleh Dipertikai - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » Jasa UMNO Tidak Boleh Dipertikai

Nibong Tebal: Selepas 71 tahun menabur bakti, UMNO berjaya membuktikan bahawa parti yang pada asalnya ditubuhkan untuk memperkasa orang Melayu, turut menjadi tunjang pembangunan yang dinikmati rakyat berbilang bangsa negara ini.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman, berkata sepanjang tempoh itu, UMNO menabur jasa yang cukup besar terhadaporang Melayu tanpa mengabaikan kepentingan serta kebajikan kepada kaum lain.

Beliau berkata, transformasi UMNO dapat dilihat melalui kehadiran ramai pemimpin muda dalam kalangan mereka yang berpendidikan tinggi dan mempunyai kredibiliti untuk memacu parti ke tahap lebih baik berbanding di awal penubuhannya.

Lalui pelbagai pengalaman”Sepanjang tempoh penubuhannya,UMNO melalui pengalaman pahit manis yang me warn ai sejarah parti ini, namun semua pengalaman itulah yang beijaya mematangkan parti ini dan masih teguh sehingga ke hari
ini.

“Ternyata, UMNO beijaya membela orang Melayu dan Bumiputera termasuk dalam usaha meningkatkan taraf hidup, ekonomi, modal insan dan pendidikan serta agama yang menjadi teras perjuangan dalam usaha melahirkan masyarakat Melayu yang lebih baik.

“Perjuangan UMNO yang tidak pernah tersasar sejak awal penubuhannya selain kesetiaan ahli parti adalah kunci kepada kelangsungan parti keramat ini,” katanya ketika ditemui diPejabat UMNO Nibong Tebal di sini,semalam.

Zainal Abidin berkata, ahli dan pemimpin UMNO perlu terus berusaha menimba ilmu kerana ia adalah turtjang kepada kemajuan sesuatu bangsa dan negara, selain menyifatkan usaha melahirkan golongan ahli parti yang berpendi dikan perlu diperkasa.

“Dahulu kita tidak mempunyai ramai pemimpin yang berpendidikan dan jika ada jumlahnya tidak ramai.

Namun, hari ini kita mempunyai ramai pemimpin dan ahli yang memlaluan kepada muka baru atau calon
anak muda.

Strategi hadapi pembangkang “Jika UMNO memiliki mandat sebegini daripada ahJi dan pemimpin,sudah pasti ia hanya perlu menyusun strategi menentang pembangkang, jika sebaliknya ia akan berdepan situasi sukar dan genting,”katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata,orang muda mengakui kejayaan UMNO membangunkan negara dan menghargai usahanya walaupun terpaksa mengambil langkafi tidak popular dan kritikal demi masa depan negara.

“Hal ini sangat dihargai anak muda kerana mereka bakal pewaris khazanah negara, jika UMNO hari ini ingin menjadi popular sehingga
menggadai harta benda dan berhutang keliling pinggang tetapi akhirnya anak muda inilah terpaksa menanggungnya,” katanya.-BERITA HARIAN

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,