Sunday, April 23, 2017

KPKT tiada masalah lulus peruntukkan pada yang memohon – Noh

Johari Seman     12:46:00 PM    

Dengkil – Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di kawasan Parlimen pembangkang boleh memohon peruntukkan kepada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan akan dipertimbangkan mengikut kesesuaian.

Menurut menterinya, Tan Sri Noh Omar,kementeriannya mempunyai peruntukkan yang terhad, berdasarkan peruntukkan yang kita ada, kita akan pastikan keutamaan diberi kepada kawasan yang dimenangi Barisan Nasional.

“Dengan peruntukkan yang ada sudah tentu kita memberi keutamaan kepada PBT yang berada di bawah parlimen yang dimenangi oleh BN dan yang ini juga kita tidak beri pada semua kerana dana tidak mencukupi. jelas Noh

Noh juga berkata, PBT di Parlimen pembangkang perlu membuat permohonan jika ingin mendapatkan peruntukkan, Noh juga merujuk kepada kelulusan yang diberikan kepada kawasan Parlimen Ipoh Timur,

“Wakil rakyat pembangkang jumpa saya, kita tetap beri peruntukan, malah di Selangor seperti Parlimen Shah Alam, walaupun kita kalah semua kerusi di sini, kita tetap bagi peruntukan,”

“Ada juga kita beri kepada PBT yang DUN milik kita tapi Parlimennya milik pembangkang seperti di sini iaitu Dengkil BN menang dan terletak di bawah Parlimen Sepang milik pembangkang,” katanya lagi.

Noh ditemui media, selepas majlis ramah mesra KPKT bersama penduduk Putra Perdana, Dengkil.

Berdasarkan satu pekeliling yang dikeluarkan Ketua Pengarah Jabatan Kerajaan Tempatan, Abu Bakar Johar yang bertarikh 17 Mac, sebuah portal media telah melaporkan pihak Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah membatalkan semua kelulusan projek kerajaan tempatan di kawasan Parlimen yang tidak dimenangi BN.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .