Pelajar Kena Potong Kaki Selepas Dipukul - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, April 22, 2017

Pelajar Kena Potong Kaki Selepas Dipukul

JOHOR BAHRU: Seorang murid lelaki sebuah sekolah agama swasta di Kota Tinggi di sini terpaksa menanggung hidup tanpa kedua kakinya yang cedera teruk didakwa akibat dipukul penolong warden menggunakan paip air.

Ibu murid berusia 11 tahun, Felda Wani Ahmad, 40 mendakwa anaknya, Mohamad Thaqif Amin Mohd Gadaffi dipukul beberapa kali pada kedua-dua kakinya dalam insiden pada Mac lalu.
Katanya, kejadian itu menyebabkan anaknya merayu untuk pulang ke rumah kerana tidak tahan penderaan di asrama sekolah itu.

"Pada 31 Mac, saya melawat dia dan memutuskan untuk membawa dia bulang ke Johor Bahru kerana ketika itu kelihatan lemah dan risau," katanya kepada pemberita yang menemuinya di Hospital Sultan Ismail (HSI) pada Sabtu.

Beliau menambah, anak lelakinya itu juga demam sejak pulang ke rumah dan kedua kakinya bengkak dan lebam kerana darah beku.

"Saya bawa anak ke HSI untuk rawatan pada 19 April dan dimasukkan ke wad hingga hari ini," katanya sambil menambah anaknya menjalani pembedahan untuk memotong kakinya pada Jumaat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, keadaan budak lelaki itu masih kritikal.

"Pihak hospital akan menjalankan siasatan untuk mengenal pasti sama ada budak lelaki itu menghidapi penyakit lain yang menyebabkan keadaannya kritikal," katanya.
Ketika dihubungi, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superitendan Rahmat Othman mengesahkan kes berkenaan dan pihaknya masih menunggu laporan perubatan daripada HSI.
"Kami akan menyiasat kes ini dengan memanggil penolong warden itu disoal siasat," katanya.


  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Pelajar Kena Potong Kaki Selepas Dipukul Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman