Saturday, April 22, 2017

Puisi Mufti Facebook Merujuk Kerajaan Hindu India Bukan Hindu Disini

Johari Seman     5:26:00 PM    

KUALA LUMPUR, April 22 : Selepas menerima kritikan dan keceman yang kuat dari pelbagai pihak serta masyarakat India di negara ini Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin hari ini berkata, “puisi pagi Jumaat” yang mencetuskan kontroversi dalam hubungan antara agama di negara ini sebenarnya tidak merujuk kepada komuniti Hindu tempatan.

Katanya di sebalik kecaman di media sosial dan kritikan dari badan bukan kerajaan, termasuk laporan polis terhadapnya, Asri hari ini berkata, “puisi” tersebut sebaliknya menyerang kerajaan pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi.

“Puisi memperkatakan tentang kerajaan Modi di India yang membiarkan saban hari Muslim dibunuh dengan kejam hanya kerana memakan daging lembu,” kata Asri di Facebook.

BERIKUT ADALAH TULISAN PENUH BELIAU :

Ada yang bertanya; mengapakah puisi jumaat itu menyebut perkataan ‘mempertuhankan lembu’?. Jawabnya kerana puisi memperkatakan tentang kerajaan Modi di India yang membiarkan saban hari muslim dibunuh dengan kejam hanya kerana memakan daging lembu. Bahkan suasana itu seakan sengaja diwujudkan oleh kerajaan beliau atas dasar kesucian lembu yang mereka percaya. Anda boleh lihat artikel dan video dalam internet yang begitu banyak tentang kekejaman mereka kerana ‘mempertuhankan lembu’ dalam ertikata mensucikannya. Sanggup mereka membunuh kejam sesama manusia hanya kerana haiwan lembu yang memang dimakan di seluruh dunia.

Bagi yang tidak mempertuhankan lembu di negara ini seperti yang sedang berlaku di India, harap jangan terasa. Puisi itu untuk suasana semasa di Negara India. Saya percaya dalam negara kita yang rata-rata berpendidikan tinggi tidak mungkin akan menyembah haiwan seperti lembu, ataupun mensucikannya. Apatahlagi sehingga sanggup membunuh orang lain kerananya. Akal yang waras mustahil menerima hal seperti itu. Demikian manusia yang waras menolak kepercayaan kasta antara manusia seperti yang berlaku di India sehingga ada kasta yang dipanggil ‘pariah’. Kasta paria dan kepercayaan kasta tidak patut wujud di negara kita yang percaya kesamarataan antara manusia. Maka hal itu tiada kaitan dengan orang di sini yang tidak mungkin ‘beriman’ dengan hal-hal karut seperti itu.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .