Saturday, April 29, 2017

Ulamak Wanita Larang Kahwin Bawah Umur

Johari Seman     11:14:00 PM    

KUALA LUMPUR, 29 April — Sekumpulan ulama wanita Indonesia mengeluarkan fatwa melarang perkahwinan kanak-kanak bawah umur kelmarin.

Walau tidak terikat dengan undang-undang, fatwa hasil persidangan tiga hari di Cirebon, Jawa barat, menyifatkan perkahwinan itu "merosakkan", lapor AFP.

Dalam persidangan ulung itu, kata mereka, pencegahan wajib diutamakan.

"Kematian ibu sangat tinggi di Indonesia. Kita, sebagai ulama wanita, boleh memainkan peranan dalam isu perkahwinan kanak-kanak," kata penganjurnya Ninik Rahayu kepada Thomson Reuters Foundation.

"Ulama wanita tahu isu ini dan pahit getir yang ditempuhi wanita, kami boleh mengambil tindakan dan tidak perlu menunggu kerajaan untuk melindungi kanak- kanak ini."

Seorang daripada enam remaja perempuan Indonesia berkahwin bawah usia 18 tahun, atau 340,000 orang setiap tahun, menurut agensi Unicef, agensi perlindungan kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Kira-kira 50,000 orang daripada jumlah itu berkahwin sebelum umur 15 tahun.

Laporan kerajaan republik itu menunjukkan suku daripada isteri ini, yang berusia 20 hingga 24 tahun, mendirikan rumah tangga sebelum 18 tahun.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .