UMNO Jika Mahu Tawan Kelantan Sila Buang Sikap Orang Kaya - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, May 2, 2017

UMNO Jika Mahu Tawan Kelantan Sila Buang Sikap Orang Kaya

UMNO perlu imbau kembali sejarah kekalahan di negeri Kelantan jika mahu meraih kemenangan besar .

UMNO Kelantan perlu mengutamakan pengukuhan parti daripada mengutamakan agenda peribadi yang tidak mendatangkan laba kepada parti keramat orang Melayu.

Untuk itu eloklah lupakan permusuhan dalaman bagi membolehkan Barisan Nasional mentadbir Kelantan selepas puluhan tahun diperintah PAS.

Kepimpinan UMNO Kelantan sepatutnya sedar walaupun negeri itu tidak diperintah Barisan Nasional peruntukan dari persekutuan bagi pembangunan begitu besar diluluskan berbanding kepada negei lain.

Kalau masih berpegang kepada ungkapan,''tak apa lah Kelantan diperintah PAS kerana pemimpin dan rakyatnya adalah Melayu,'' adalah lebih baik Barisan Nasional tidak perlu bertanding pada PRU akan datang.

Mungkin ramai tidak setuju dengan pandangan penulis,namun apa salahnya jika renung sejenak berfikir sebentar.

Tidak mungkin pemimpin UMNO Kelantan tidak memahami jiwa masyarak negeri itu secara mendalam.

Kebanyakan masyarakat Kelantan terutamanya golongan meskin mereka mahu peimpin mereka sentiasa kelihatan dalam kawasan,lepak sembang di warong kopi,sering mengujungi mereka rumah-kerumah dalam apa jua keadaan bukany muncul ketika pilihan raya hampir menjelma.

Masyarakat Kelantan ada falsafah yang mereka pegang,dan falsafah itu masih dipegang sampai sekarang.Kata mereka,musim pilihan raya calon akan bersalaman dengan kita,bila dah menang bergelar ''Tok Wakil''(Yang Berhormat),masa itu Yang Berhormat tidak lagi sempat bersalam dengan kita,kecuali hanya angkat lima jari ketika lalu dikawasan kita.

Apa maksud angkat lima jari,maksudnya,lima jari yang diangkat oleh Yang Berhormat itu ditafsirkan lima tahun jumpa lagi.

Tidak hairanlah walaupun PAS tidak memberi pembangunan kepada masyarakat kawasan kampung,wakil rakyatnya sering bertandang dikawasan kampung dengan cara lepak-lepak di kedai kopi dan ia satu kelebihan berbanding dengan pemimpin UMNO dalam bahagian.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: UMNO Jika Mahu Tawan Kelantan Sila Buang Sikap Orang Kaya Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman