Dua Syarikat China Bangunkan Hab Digital - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, May 15, 2017

Dua Syarikat China Bangunkan Hab Digital


BEIJING, 15 Mei (Bernama) -- Dua syarikat China melabur dalam MBits Digital Sdn Bhd bagi pembangunan dan penggunaan infrastruktur digital Malaysia.

Semalam MBits Digital menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan PowerChina Co. Ltd, dan Longvision Media Co. Ltd sebagai rakan kongsi strategik dengan jumlah pelaburan sebanyak US$1.6 bilion.

Pengerusi MBits Digital Sara Nattaya berkata pelaburan berkenaan untuk pembangunan projek 'Digital One Belt, One Road', hab hibrid yang menyediakan Malaysia laluan digital kepada globalisasi.

"Eco-System" MBits terdiri daripada Platform Aplikasi Hiburan & Penyiaran, Penggunaan dan Infrastruktur Pintar Binaan & Reka bentuk, perkhidmatan Awan & Mudah Alih dan Pembangunan Perbandaran Pintar, katanya.

Projek Digital One Belt One Road memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur digital daripada gentian optik, pembangunan pintar, hiburan dan perkhidmatan awan dan mudah alih.

Sara berkata MBits Digital gembira mendapat sokongan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada pertemuan ringkas dengan pegawai kedua-dua rakan kongsi dari China itu semalam.

Hadir sama Pengerusi Finas Datuk Khusairi Talib, Pengerusi ChinaPower Xu Hao dan Pengerusi LongVision Media Yan Ge.

-- BERNAMA
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Dua Syarikat China Bangunkan Hab Digital Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman