Jika Exco Pas Lompat Parti,Nasibnya Seperti Lebai Malang - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Saturday, May 13, 2017

Jika Exco Pas Lompat Parti,Nasibnya Seperti Lebai Malang

PEMIMPIN Pas sanggup berlaku zalim dan kejam kepada parti sendiri sehingga kelihatan seperti tidak bermaruah apabila tetap berada dalam kerajaan Selangor yang diketuai DAP.

Haji Hadi sebagai presiden patut rasa malu dengan lalakan sebelum ini,lalakan tidak mahu bekerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan dengan DAP sehingga memutuskan tahaluf Syiasi dengan PKR semuanya retorik belaka.

Alasan untuk tetap kekal dalam pentadbiran kerana mahu menunaikan mandat diberi rakyat pada PRU lalu adalah satu helah untuk mengekalkan hubungan,seterusnya secara tidak langsung dengan semua parti dalam Pakatan Harapan sekali gus penampakan bayangan u-turn semakin jelas.

Sedangkan mandat rakyat berdasarkan manifesto bersama Pakatan Rakyat semasa Menteri Besar Khalid Ibrahim,mereka juga bertepuk sorak mengatakan manifesto bukan janji.

Sebelum ini bertalu-talu dakwaan mengatakan PKR khianat syarat tahaluf siyasi sehingga Dewan Ulamak,Dewan Muslimah,Dewan Pemuda bersetuju batalkan tahaluf siyasi dengan PKR.

Ramai yakin 3 Exco Pas tidak akan letak jawatan walaupun terima arahan dari peringkat pusat,kerana nikmat kuasa dan gaji besar yang telah digenggam selama ini.

Desas-desus kuat mengatakan dua orang dari 3 Exco Pas akan lompat parti menyertai PKR pada bila-bila masa kerana sedar kerusi yang dimenanginya pada PRU 13 lalu tidak mungkin memihak padanya jika beliau bertanding pada PRU 14.

Kerusi Dun tersebut mempunyai bilangan pengundi Cina 16,000 pada PRU 13,manakala pengundi Melayu hampir 30,000 dan pengundi India pula lebih kurang 6,000.

Desas-desus juga kuat mengatakan,seorang lagi juga akan membawa diri ke dalam PKR berikutan di kerusi Dun yang dimenanginya pada PRU 13 lalu peratusan pengundi Cina juga tinggi.

Walau bagaimanapun,ada pandangan mengatakan,sekiranya 2 Exco itu melompat parti dan bertanding dikawasan sama kedua-keduanya akan menerima nasib malang berikutan pertandingan tiga penjuru tetap berlaku,sedangkan undi Melayu berpecah tiga dan undi Cina juga berlaku pecahan besar berikutan calon bekas ahli Pas akan di anggap sebagai pengkhianat sehingga berkuburnya Pakatan Rakyat.

Jika berlaku kebetulan seperti desas-desus dan pandangan,wakil rakyat Pas yang lompat parti akan menerima nasib seperti lebai malang.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Jika Exco Pas Lompat Parti,Nasibnya Seperti Lebai Malang Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman