Exco Pas Selangor Cemas Khamis Ini - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Monday, May 15, 2017

Exco Pas Selangor Cemas Khamis Ini


KEDUDUKAN tiga Exco Pas Selangor diputuskan dan akan diketahui selepas keputusan yang dibuat pada mesyuarat jawatankuasa Pas pusat yang dijadual akan diadakan pada Khamis ini.

Kedudukan Exco Pas dalam kerajaan Selangor menjadi isu politik hangat berikutan Menteri Besar Selangor,Azmin Ali takut untuk melakukan rombakan barisan Exco sedangkan beliau boleh melakukannya.

Tindakan tidak melakukan rombakan barisan Exco selepas Majlis Syura Ulamak memutusakan kerjasama politik dengan PKR menjadi tanda tanya.

Secara logiknya kepimpinan Pas tidak boleh buat apa-apa kiranya berlaku rombakan barisan Exco berikutan Pas kini adalah pembangkang malah kerajaan Selangor kini memerintah dengan kerusi Dun dari DAP dan PKR.

Mengambil sikap Menteri Besar yang tidak mahu melakukan rombakan barisan Exco negeri sepertinya ada satu rahsia yang cuba disembunyikan.

Mungkin beliau berharap akan ada lompat parti berlaku dari tiga Exco Pas itu,sebab itu beliau perlu tunjuk sikap baik sebagai modal mempengaruhi ke tiga-tiga Exco dari parti Islam itu.

Ada kemungkinan juga janji telah dibuat,sekira tiga Exco itu lompat parti menyertai PKR mereka akan dikekalkan dengan jawatan Exco sehingga ditentukan kalah menang pada PRU 14 nanti,Sekiranya Azmin merombak barisan Exco,sudah pasti ketiga-ketiga dari Pas itu akan digugurkan.

Dalam Hal ini,Azmin Ali juga pastinya mengguna pakai strategi DAP,sebab itu pada masa ini pemimpin DAP hanya dilihat rakyat sebagai pemerhati yang berpura-pura pening dengan sikap Azmin Ali.

Dalam kondisi ini,para pemimpin Pas diperingkat tinggi juga ada kemuslihatan sendiri,sepertinya mereka menunggu tiga Exco itu dipecat melalui rombakan atau arahan bertulis dari Menteri Besar supaya ke tiga-tiga Exco itu letak jawatan.Sekiranya ketiga-tiga Exco tersebut dipecat,tidak mungkin terjadi lompat parti.

Mesyuarat AJK Pas pusat pada Khamis ini pasti berhati-hati,ibarat menarik rambut dalam tepung berikutan desas-desus lompat parti akan berlaku.

Walaupun PKR masih dalam kerajaan Selangor,ia tidak memberi jaminan tinggi untuk parti itu dan DAP memerintah Selangor berikutan kurang kuatnya sokongan Melayu setelah Pas Putus Tahaluf Siyasi.

Bagi pemimpin PKR dan DAP,mereka sangat berharap ketiga-ketiga Exco Pas itu menyertai parti mereka bagi tujuan pengaruh pengundi Melayu yang dijangka pecah tiga setelah pertandingan tiga penjuru.

Ketiga-ketiga Exco Pas itu dijangka dapat memenangi kerusi yang disandang sekiranya bertanding di atas tiket PKR berikutan peratusan tinggi pengundi bukan Melayu.

Berbalik kepada mesyuarat AJK Pas pusat pada Khamis ini,keputusannya diyakini akan mencemaskan ketiga-ketiga Exco ,kerana AJK Pas pusat terdiri antara orang yang kuat menyokong tahaluf syiasi dengan PKR diputuskan.
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Exco Pas Selangor Cemas Khamis Ini Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman