Saturday, May 13, 2017

Macam Celaka:Bila Kena Atas Batang Hidung,Mainan Politik

Johari Seman     3:40:00 PM    


Ahli Parlimen dan Adun akan hilang kedudukannya sekiranya hilang sokongan majoriti ahli dewan (Parlimen dan Dun ) setelah usul tersebut disokong dalam jumlah yang memboleh seseorang Ahli Parlimen dan Adun gugur daripada kedudukannya walaupun Mahkamah memutuskan sebaliknya.

Sebelum ini terdapat usaha daripada blok pembangkang untuk membawa usul ke Parlimen berkaitan kedudukan Datuk Seri Najib sebagai Perdana Menteri walaupun mereka sedar dengan jumlah kerusi Parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum lalu tidak mencukupi sedangkan Pas pula tidak menyokong.

Untuk apa blok pembangkang itu berusaha membawa usul undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Najib ke Parlimen? kalau bukan mainan politik.Sedangkan mereka sedar untuk mendapat majoriti mudah bagi undi tidak percaya kepada Perdana Menteri perlu mendapat sokongan 113 ahli Parlimen.

Manakala itu Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng kononya melahirkan rasa terkejut dengan keputusan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak melucutkan keanggotaan Anggota Dewan Undangan Negeri Pujut, Dr Ting Tiong Choon dari DAP semalam.Tambah beliau lagi,’tindakan itu berbau politik.

Semasa blok pembangkang yang disertai DAP berusaha membawa usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri,Datuk Seri Najib ke Parlimen,Lim Guan Eng tidak pula melihat usaha itu sebagai mainan politik,sedangkan beliau sedar usaha itu sia-sia.

Berhubung pemecatan Dr Ting Tiong Choon dari DAP(Sarawak),Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata DAP akan membawa perkara itu ke mahkamah.Ini menunjukan DAP telah menolak demokrasi serta undang-undang dewan negeri.

Rasanya usaha membawa ke Mahkamah juga dilihat sebagai usaha cuba menghalang pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh terdekat.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .