Perjuangan PAS Selepas Memutuskan Hubungan Dengan PKR - SELANGOR POST

UTAMA

VIDEO

POLITIK

HIBURAN

BERITA SEMASA

PENA PENGARANG

JENAYAH

SUKAN

» » » Perjuangan PAS Selepas Memutuskan Hubungan Dengan PKR


Melihat gambar rajah di atas memang menakutkan pihak kerajaan Selangor hari ini memandangkan perbezaan jumlah kerusi Dun hanya empat.
Tidak hairanlah propaganda Adun PKR akan lompat parti viral dilaman sosial media malah berita itu mendapat sambutan hangat.

Penulis ada pandangan sendiri yang rasanya lebih adil daripada berita propaganda yang kini menjadi bualan hangat di Selangor.

Menurut beberapa orang rakan yang bekerja di SUK Selangor,tiada kedengaran desas-desus Adun PKR atau lain-lain dari Pakatan Harapan akan lompat parti,apa yang dibicarakan semuanya berpunca dari berita propaganda dari sosial media.

Secara zahirnya kedudukan kerusi Dun dalam kerajaan Selangor memang meruncingkan tetapi itu keputusan yang sedia ada.

Berbalik kepada isu sebenar kedudukan kerajaan Selangor yaNg dikatakan akan tumbang itu sebetulnya bergantung kepada keputusan PRU 14 nanti memandangkan berita Adun dari Pakatan Harapan akan lompat parti adalah propaganda yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Walaupun Dewan Ulama,Dewan Pemuda,Dewan Muslimat PAS telah bersetuju memutuskan hubungan kerjasama politik dengan PKR ia buka satu keputusan muktamad.

Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin memaklumkan hanya Majlis Syura Ulama PAS akan membuat keputusan sama ada parti berkenaan perlu memutuskan hubungannya dengan PKR atau sebaliknya.

Hashim menjelaskan, walaupun Muktamar PAS akan memutuskan kata sepakat daripada perwakilan mengenai perkara itu namun ia mesti mendapat keputusan majlis berkenaan(Majlis Syura Ulama) selepas itu.

Ini bermakna Majlis Syura Ulama yang akhirnya bermesyurat dan membuat keputusan atau penilaian sama ada menerima atau tidak apa-apa ketetapan daripada muktamar PAS ke-63.

Oleh kerana ahli Majlis Syura Ulama PAS terdiri dari pemimpin yang berada dalam kumpulan yang mengusulkan untuk memutuskan hubungan dengan PKR juga merupakan mereka yang ada pada barisan Majlis Syura Ulama,seperti,Ahmad Yakob,Hj Abdul Hadi Awang,Tuan Ibrahim Tuan Man,Idris Hj Ahmad,Nik Mohamad Amar Abdullah,Nasrudin Hassan,Khairudin Aman Razali(sebahagian daripadanya).

Oleh kerana itu keputusan hubungan PAS dan PKR akan terjadi seperti usul untuk memutuskan hubungan oleh Dewan Ulama,Dewan Pemuda,Dewan Muslimat.

Kedudukan kerusi Dun PAS yang dimenangi pada PRU 13 juga perlu di kaji semula berikutan kemenangan lalu hasil sumbangan dari pada ahli DAP,PKR.

Kerusi Dun PAS yang dianggap bahaya pada PRU 14 nanti seperti,Taman Templer,Seri Serdang,Meru dan beberapa yang lain yang kesemuanya ada lapan.
MUNGKINKAH PAS DAPAT BERTAHAN DENGAN UNDI MELAYU BERPECAH DUA
MANAKALA  PERATUSAN UNDI CINA 31.6  MASIH BESAR MENYOKONG DAP
BACA JUGA-KEDUDUKAN PAS DITAMAN TEMPLER

Namun begitu,hasrat PAS untuk bertanding 45 daripada 56(termasuk bebas) kerusi Dun di Selangor sedikit sebanyak dapat timbal balas dengan kemenangan baharu di kawasan pilihan raya lain walaupun kalah di Seri Serdang,Taman Templer dan meru.

Tumbangnya kerajaan Selangor bergantung kepada penambahan kerusi yang di menangi pada PRU 14 oleh BN atau PAS

Dengan kedudukan 30 kerusi pada Pakatan Harapan mungkin sukar bagi PAS atau BN untuk memerintah negeri terkaya itu atas nama parti tanpa gabungan memandangkan pertandingan tiga penjuru pasti terjadi.

Perjuangan PAS selepas putus hubungan dengan PKR
Perjuangan baharu PAS selepas menamatkan hubungan dengan PKR ialah memperbetulkan fahaman ahlinya yang peratusan besar masih menolak gabungan PAS dan UMNO di adakan.

Itu sekiranya PAS mahu bergabung dengan UMNO sebelum PRU 14 berlaku,sekiranya berlaku gabungan selepas keputusan PRU 14 ia tidak berlaku masalah besar berikutan masa lima tahun sudah cukup untuk para kepimpinan PAS memberi penerangan.

Setakat ini tidak wujud kata rasmi sama ada daripada pemimpin PAS atau UMNO untuk adakan gabungan sebelum atau selepas PRU 14 walaupun UMNO sentiasa membuka pintu.-SELANGOR POST

«
Next
Newer Post
»
Previous
Older Post

No comments:

Leave a Reply

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,