Monday, May 1, 2017

Perwakilan Selamatkan Kerusi PAS DUN Cempaka Dari Hilang Percuma

Musang Maya (Nur Shila)     6:01:00 PM    

Disebabkan kesibukan dan tiada waktu sesuai rindu pula nak buat entri diblog ini,Okay-lah,'kali ini isu yang sesuai disentuh dengan gaya dan pandangan sendiri adalah berkaitan kejayaan Iskandar Samad mengisi satu daripada tiga slot jawatan ketiga tertinggi dalam jawatankuasa kerja PAS pusat bagi sesi 2017-2019.

Iskandar Samad yang juga ADUN Cempaka,Selangor meraih 703 undi sekali gus menamatkan spekulasi yang beliau akan tersingkir kerana terlalu amat mesra dengan PKR dan DAP.

Okay,'dalam seni politik membunuh dan menyelamat karekter seseorang berhubungan jawatan dalam parti amat mudah.

Dalam kes Iskandar Samad,perwakilan PAS cuba memberi isyarat kepada pucuk pimpinan PAS pusat,yang mana undi mereka diberi kepada Iskandar sebenarnya bagi menyelamatkan kerusi PASdi Dun Cempaka daripada hilang percuma sebelum berlaku pilihan raya umum ke-14.Harap-harap pembaca semua mudah faham apa maksud disampaikan penulis.

Kiranya para perwakilan di muktamar ke-63 memilih memberi undi mereka kepada Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan yang memperolehi undi terendah(487)cerita yang menggusarkan PAS akan berlaku.

Sebelum ini terdapat desas-desus kuat Iskandar Samad akan meninggalkan parti itu jika kalah pada pertandingan untuk mengisi slot jawatan ketiga tertinggi dalam PAS selepas parti Islam itu berpisah dengan PKR.

Kegagalan Ketua Penerangan PAS, Nasruddin Hassan bagi jawatan ketiga tertinggi dalam PAS tidak memberi sebarang kelemahan kepada PAS memandangkan beliau setia menyokong agenda PAS putus hubungan dengan PKR.

0 comments :

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

© 2018-2020 SELANGOR POST. . BEBAS DAN DIYAKINI .