Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Bergambar di Sawah Padi - SELANGOR POST

728x90 AdSpace

Latest News
Tuesday, May 23, 2017

Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Bergambar di Sawah Padi



SUNGAI BESAR: Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin hari ini berkenan berangkat melawat beberapa tempat tarikan pelancong di sekitar Sekinchan, dekat sini.
Baginda berdua diiringi Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sultan Sharafuddin dan Tengku Permaisuri Norashikin antara lainnya melawat Galeri Padi di Kilang Beras Rakyat Sekinchan Sdn Bhd dan sawah padi di Ban 5 yang terkenal dengan pemandangan indah.
Sultan Sharafuddin turut mencuba memandu sendiri jentera menuai padi.

Baginda berdua kemudian mengunjungi MHP Enterprise, iaitu syarikat industri kecil dan sederhana, yang mengeluarkan Bahulu Masri yang terkenal di daerah ini.Di akhir lawatan, baginda berdua berkenan menghadiri santapan diraja bersama-sama rakyat tempatan.-Bernama
  • Blogger Comments
  • Facebook Comments

0 comments:

Post a Comment

AMARAN!!!! Komen jahat akan di padam,

Item Reviewed: Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Tengku Permaisuri Selangor Bergambar di Sawah Padi Rating: 5 Reviewed By: Johari Seman